PMX DI PENANG SEMALAM.

 


Tiba di Pulau Pinang untuk beberapa rencana hari ini termasuk mengadakan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri yang turut disertai Ketua Menteri, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri serta para pegawai kanan Persekutuan dan Negeri.









Perbincangan memberi fokus kepada senarai Projek Keutamaan Negeri Pulau Pinang dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), yang melibatkan aspek infrastruktur jalan raya, bekalan air, kesihatan, pendidikan, sukan, perlabuhan perikanan dan perbandaran nelayan untuk diteliti selanjutnya. 


Saya turut memberi penekanan kepada usaha membaikpulih serta membina sekolah baharu di Pulau Pinang selain beberapa lagi projek penting yang akan memberikan kebaikan dan keselesaan buat rakyat terbanyak.


Besar harapan agar setiap kementerian dan agensi berkaitan memberi perhatian khusus dan bertindak segera bagi memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan projek-projek di Pulau Mutiara ini secara berkesan. 


Inisiatif pembangunan ini penting bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya penduduk miskin bandar dan penduduk luar bandar yang bakal menikmati manfaat jangka panjang.


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja



No comments: