
Tunku Nashrul ketika Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan melalui media sosial pada 19 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 19 Mar – Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah mendedahkan, terdapat pihak tertentu dikesan komited menabur fitnah terhadap Perdana Menteri.
Beliau berkata, fitnah itu disampaikan melalui pelbagai siri dan cerita lapuk yang diulang-ulang.
Ia sekali gus menunjukkan pihak berkenaan terdesak untuk cuba mempengaruhi minda masyarakat dan jelas mereka kontang idea dalam usaha membangunkan negara.

“Memanjangkan fitnah terutama di bulan Ramadan adalah serendah-rendah akhlak dan ditegah keras oleh Islam.
“Namun, kita akan terus memantau rapat agar ia tidak akan sesekali menggugat serta melemahkan semangat serta niat kita dalam menjamin kesejahteraan pada negara dan rakyat,” katanya pada Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan melalui Facebook PMO Malaysia, hari ini.
No comments:
Post a Comment