[panas] IKON PEMIMPIN RASUAH SADIK SEPAK RAGA! DISEKOLAHKAN KAW KAW OLEH...



T15 & RON95 Gaji RM7,000 sebulan dah tak layak dapat subsidi RON95? Kalau belum dimuktamadkan kenapa umum dahulu? Tak buat homework ke? YAB Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 tahun depan. Banyak komen di luar sana dan saya faham ini peluang yang baik untuk membuat kandungan TikTok. Pertamanya, saya ajak kita semua menghadam dahulu apa yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri: 1. Tidak ada kenaikan harga RON95 kepada golongan yang berada dalam 85% terbawah dari segi kedudukan sosio-ekonomi. Nak mudah cakap, 85% daripada kita akan terus bayar harga RON95 seperti biasa, jadi tidak timbul soal subsidi ditarik, rakyat dibebankan seperti yang diwar-warkan 2. Bagi golongan yang berada di dalam 15% teratas dari segi kedudukan sosio-ekonomi, mereka akan membayar harga pasaran Maka ada yang terlebih laju dengan segera membuat kesimpulan T15 ini merujuk kepada pendapatan isi rumah semata-mata. Ni macam terlebih laju hebahkan menang perlumbaan sedangkan tak habis pun perlumbaan. B40, M40, T20 atau T15 hanyalah garis statistik yang bergantung kepada set data. Kalau set data itu merujuk kepada taburan pendapatan isi rumah seluruh Malaysia, maka T15 merujuk kepada isi rumah yang taburan pendapatannya adalah 15% paling tinggi. Tetapi kita sedia maklum bahawa kos sara hidup ini tidak boleh diukur berdasarkan pendapatan kasar semata-mata. Banyak faktor lain yang mempengaruhinya, termasuklah saiz isi rumah, lokasi, tanggungan dan sebagainya. Sudah tentu penentuan T15 ini adalah merujuk kepada taburan yang lebih adil, bukannya berdasarkan pendapatan kasar semata-mata. Proses untuk memuktamadkan kriteria yang menentukan kedudukan sosio-ekonomi sesebuah keluarga yang lebih adil ini sedang berlaku. Eyh kenapa umum tak bincang dulu? Pelbagai perbincangan mengenai kaedah yang lebih adil itu telah dibincangkan sebelum ini. Di Parlimen pun saya telah nyatakan hasrat kerajaan untuk beralih dari pengukuran berdasarkan pendapatan kasar semata-mata. Kaedah-kaedah yang dicadangkan dan dipertimbangkan juga telah dibentangkan dan dibincangkan di pelbagai peringkat kerajaan. Sekarang, setelah kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan penyasaran semula subsidi RON95 dengan garis masa yang jelas, kaedah yang dimuktamadkan itu akan diangkat untuk persetujuan Jemaah Menteri. Setelah semuanya telah diharmonikan dan perincian pelaksanaan itu mendapat kelulusan Jemaah Menteri, maka barulah ia boleh diumumkan kepada rakyat. Still tak puas hati, kenapa umum masa Belanjawan sedangkan perincian belum dimuktamadkan? Belanjawan ialah penyataan hasrat dan rancangan kerajaan untuk tahun itu. Hatta angka-angka yang diumumkan itu adalah satu anggaran dan unjuran. Bukannya kita dah buat spesifikasi bangunan, lantik kontraktor baru dimasukkan dan diumumkan di dalam Belanjawan. Kerajaan menyatakan rancangan pendapatan dan perbelanjaan, yang melibatkan dasar-dasar dan projek-projek pada anggaran awal untuk mendapat kelulusan Dewan Rakyat. Selepas diluluskan, kerajaan kemudian menggunakan kelulusan itu untuk memperincikan projek-projek untuk dilaksanakan, termasuklah membuka tender, melantik kontraktor dan sebagainya. Kalau ikut Syed Saddiq yang semuanya perlu diperincikan dan telah dimuktamadkan sebelum boleh diumum di dalam Belanjawan, maka bertahun-tahunlah baru kita boleh siapkan satu belanjawan dan berjilid-jilid buku belanjawanlah yang perlu dicetak untuk setiap seorang Ahli Parlimen. Sepatutnya beliau sedia maklum proses ini sebab beliau pernah menjadi menteri termuda. Sumber Video/Berita 1. FB YB Rafizi Ramli