JANGAN ULANG LAGI.

 Nazri Hamdan


Taktik mengejut bagai serangan gerila ni saya pernah bangkitkan masa podcast saya dengan YB Rafizi semasa episod pertama Yang Bakar Menteri pada 8 Jan 2024. Saya berpandangan cara terbaik rasionalisasi subsidi ialah dengan cara mengejut. Ini kerana, jika orang tau apa yang kerajaan nak buat, mereka akan bertindak secara rasional dan ini akan gagalkan dasar ekonomi kerajaan. Ini adalah “rational expectations” dalam ekonomi.



Kita jangan lupa:


- masa harga minyak petrol pernah diapung secara mingguan pada satu ketika dulu, bila orang tau keesokan harinya harga minyak akan naik, mereka akan beratur dekat stesen minyak sehari sebelumnya dan bekalan minyak distesen minyak habis. Kejadian ni selalu berlaku dulu, jangan lupa. Ini adalah contoh rational expectations bila orang boleh jangka apa yang akan berlaku.


Bila kerajaan apungkan diesel ala-ala taktik kejutan ni, kadar inflasi tak melambung tinggi, bekalan diesel tak habis di pasaran sebab penyeludup tak sempat nak buat persediaan seludup diesel habis-habisan sebelum rasionalisasi subsidi diesel dilaksana.


Suka atau tak, taktik mengejut paling berkesan bila nak buat rasionalisasi subsidi barang keperluan.