HASIL NEGERI A.. TAK BOLEH PINDAH KE NEGERI B.


Hisham Fauzi


 Pada pandangan saya, walaupun terdapat persetujuan dikalangan negeri SG4 untuk satu perkiraan kewangan dikalangan mereka; duit negeri A hanya boleh digunakan untuk negeri A dan tidaklah boleh dipindahkan ke negeri B begitu sahaja mengikut Perlembagaan Persekutuan. Mari kita baca apa kata Perlembagaan Persekutuan.


PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN KEWANGAN

Bab 1 - Am




Perkara 97. Kumpulan Wang Disatukan.


(1) Segala hasil dan wang tidak kira bagaimana jua pun diperdapatkan atau diterima oleh Persekutuan, tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan, hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi satu kumpulan wang, yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.


(2) Segala hasil dan wang tidak kira bagaimana jua pun diperdapatkan atau diterima oleh sesuatu Negeri, tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang, hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi satu kumpulan wang, yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Disatukan bagi Negeri itu.



No comments: