GENG PAS TIDAK BERSETUJU ISTIHAR HARTA? ISU TERKAIT MOU PERUNTUKAN MP PE...



Memorandum persefahaman (Mou) berhubung peruntukan Ahli Parlimen pembangkang mengandungi syarat-syarat ‘pelik’, termasuk wakil rakyat perlu mengisytiharkan harta dan menyatakan sokongan kepada kerajaan sehingga tamat penggal Parlimen, menurut Perikatan Nasional (PN). Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya masih berbincang sama ada akan menerima tujuh syarat yang dikemukakan kerajaan dalam draf MoU itu, atau tidak. Selain pengisytiharan harta dan sokongan terhadap kerajaan, MoU itu turut menyentuh tentang isu 3R (kaum, agama, raja), katanya. Ada juga elemen PN kena sokong kerajaan … berkuat kuasa sehingga akhir penggal Parlimen Ke-15. Apa kena mengena peruntukan Ahli Parlimen dengan sokongan sampai akhir penggal? katanya pada sidang media selepas Sidang Kemuncak Empat Kerajaan Negeri (SG4). (Tentang pengisytiharan harta), kita juga tak faham kenapa Ahli Parlimen bukan kerajaan kena isytihar harta, sedangkan (sepatutnya) ia hanya perlu melibatkan anggota pentadbiran kerajaan sahaja, seperti perdana menteri dan timbalannya, serta menteri-menteri. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas sama ada PN telah membincangkan MoU membabitkan peruntukan Ahli Parlimen pembangkang. Takiyuddin berkata, pihaknya akan membincangkan lebih lanjut MoU itu dalam masa terdekat atau sebelum sidang Parlimen Oktober untuk dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof. Surat ini bertarikh 1 Ogos, tetapi saya terima 6 Ogos. Kita belum putuskan, nanti akan buat keputusan dalam bulan ini, katanya. Sebelum ini, Fadillah dilaporkan berkata, kerajaan masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak pembangkang berhubung draf MoU berhubung peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.





No comments: