YADIM JOHOR ADAKAN KURSUS KAUSELING

 

YADIM Negeri Johor bersama Bahagian Agama dan Kaunseling Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan telah menganjurkan satu program Latihan Dalam Perkhidmatan iaitu Pengurusan Jenazah bertempat di Surau At-Taqwa IPD Johor Bahru Selatan pada 7 Ogos.







Program ini diadakan untuk meningkatkan ilmu pengurusan jenazah di kalangan anggota polis dan memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah dalam kefahaman secara terperinci kepada peserta tentang cara pengurusan jenazah. 


Kursus  dimulakan dengan penyampaian ceramah oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Haji Shahrie Shahdan yang merupakan Panel Penceramah YADIM.


Ketua Bahagian Pengurusan IPD Johor Bahru Selatan, Deputi Supritendan Mansor Omar,  hadir  mewakili Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan manakala YADIM diwakili Pengarah YADIM Negeri Johor, Ustaz Muhamad Ammar Abdullah.


Hadir bersama Pengurus YaPIEM Negeri Johor, Encik Mohd Nabil Fikri Mustakim, ketua-ketua bahagian, ketua- ketua Cawangan, ketua polis balai, pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam IPD Johor Bahru Selatan.


****


YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.


Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.


Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 1402 3010 0455 56 (Bank Islam Malaysia Berhad) 


Atau klik link dibawah :


Sumbangan secara potongan bulanan

InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim


Sumbangan secara one-off

InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment -https://infaqpay.my/collection/yadim


#yadimpeduli 

#melestarigerakandakwah

#malaysiamadani


No comments: