PERINGATAN TEGAS KETUA POLIS NEGARA! DAN PERMOHONAN WAN SAIPOL DIBENARKA...


Mahkamah Sesyen di sini, hari ini membenarkan permohonan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara, bagi membolehkan beliau menghadiri menyelesaikan urusan perbankan arwah isterinya di Singapura. Mahkamah turut membenarkan permohonan bekas Ketua Penerangan BERSATU itu untuk menziarah kakaknya yang menetap di Jakarta, Indonesia. Hakim Rozina Ayob membenarkan pasport Wan Saiful diserahkan hari ini, selepas tiada bantahan daripada Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Murni Adzmi terhadap permohonan itu. Terdahulu, peguam Chetan Jethwani yang mewakili Wan Saiful memaklumkan anak guamnya akan bertolak ke Singapura pada 10 Ogos dan dijangka kembali ke Malaysia pada hari sama dan berlepas ke Jakarta pada 11 Ogos dan dijadualkan kembali ke Malaysia pada 17 Ogos. Rozina memaklumkan, beliau akan berpindah bermula 15 Ogos ini, justeru sebutan akan datang akan didengar di hadapan hakim lain yang belum ditentukan. Mahkamah menetapkan 19 Ogos depan untuk sebutan semula kes. ================================================================================ Wan Saiful didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada kerajaan Malaysia, secara prakelayakan bernilai RM232 juta. Beliau juga didakwa menerima wang tunai RM6,962,694.54 juta melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya, WSA daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek terbabit. Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkenaan didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku antara 8 Julai hingga 30 September 2022. Wan Saiful turut berdepan 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta, dengan memindah dan menggunakan wang hasil aktiviti haram itu antaranya bagi membayar pembelian kenderaan jenis Ford Ranger, pembayaran kepada Majlis Sukan Negara Malaysia, selain memindahkan wang itu ke beberapa akaun syarikat, termasuk milik Sinar Karangkraf Sdn Bhd. Semua kesalahan didakwa dilakukan di Cawangan CIMB Bank Berhad Bukit Tunku antara 12 Ogos dan 13 November 2022 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.


No comments: