THE GREATER GANU.. NOHHHH

 

Pak Ya Siam


Bodo sek mung yang undi Dr Sam.. Sama bodo ja dengan nusi ..



Atas teguran dan permintaan sahabat-sahabat follower, admin kemukakan fakta berkenaan perbandingan ekonomi Terengganu dan Pahang



Admin juga bersetuju dengan teguran untuk menggunakan data dari Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) jika tersedia. 


Jadi berdasarkan LKAN, hasil yang dijana sendiri kerajaan negeri Pahang bagi tahun 2018 adalah sebanyak RM452.65juta sementara hasil Terengganu adalah RM283.85juta.


Pada 2023, hasil janaan kerajaan Pahang meningkat 135% kepada RM1.084 bilion. Menyedihkan, hasil janaan kerajaan Terengganu pula merosot 41% kepada RM200.76 juta


Untuk tahun 2023, admin merujuk hansard DUN dan Belanjawan memandangkan LKAN belum disahkan. Kebiasaannya angka tidak terlalu jauh, tetapi jika ada data baru admin sedia untuk update semula.


Harus difahami perbandingan ini adalah bagi memastikan negeri kita membaiki kelemahan dan mencontohi apa yang lebih di negeri lain supaya kita semakin baik


Admin terima sahaja caci maki yang tidak gembira dengan posting admin. Memang kebenaran itu pahit tapi begitulah juga ubat. 


Kalau admin bermotif politik, baik admin dedahkan semua fakta ini 6 bulan sebelum PRU. Tapi admin dedahkan hari ini supaya kerajaan gunakan sepenuhnya baki 4 tahun mandat yang ada untuk menjadi lebih baik dari sekarang


Terima kasih


#MajuTerengganuku