Pengumuman Tengku Zafrul, Menteri MITI



Tanya Tesla.


Betul ke Tesla tak jadi bina kilangnya di Asia Tenggara?


Laporan ini diterbitkan oleh sebuah akhbar Thailand dan dipetik semula oleh akhbar negara kita. 

 

Pertamanya, laporan tersebut bukanlah kenyataan rasmi Tesla, sebaliknya hanya memetik sumber yang anonymous ataupun tak bernama. Jadi, bila ditanya, jawapan saya ialah wartawan perlu semak kesahihan berita ini dengan Tesla, kerana sumber berita ini bukanlah Tesla. 


Kedua, MITI pun tak pernah buat pengumuman Tesla akan buka kilangnya di Malaysia. Memang kita adakan perbincangan dengan Elon Musk dalam usaha menarik pelaburan, tetapi Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di sini.

 

Habis tu, buang masa lah Kerajaan beri pelbagai keistimewaan kepada Tesla?


Haa, tak betul tu.


Dalam usaha mengukuhkan ekosistem EV, Kerajaan telah memperkenalkan Inisiatif  Peneraju Global Kenderaan Elektrik Bateri yang terbuka untuk mana-mana pembuat kenderaan EV. Antara syarat-syarat yang dikenakan  ialah 


1.Memasang sekurang-kurangnya 50 unit ultra fast charger dengan kapasiti melebihi 180 kWh


2.Memastikan sekurang-kurangnya 30% daripada ultra fast charger yang telah dibangunkan di Malaysia dibuka untuk kegunaan awam iaitu untuk jenama kenderaan selain daripada jenama milik syarikat 


 dan 

3.Bekerjasama dengan sekurang-kurangnya 10 syarikat tempatan dalam membangunkan ekosistem industri perkhidmatan pengecasan EV termasuk menggunakan kontraktor tempatan yang membuat pemasangan pengecas EV, pembekal peralatan seperti transformer, kabel dan lain-lain lagi.


Ini siaran media yang memperincikan butir-butir pelaburan Tesla di Malaysia: 

mida.gov.my/media-release/… 


Tujuan inisiatif ini ialah untuk meningkatkan rangkaian pengecas untuk kegunaan pemilik kenderaan EV tempatan dan juga meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam ekosistem pengecasan EV. 


Melalui program yang serupa, negara seperti China, Hong Kong, dan Norway telah mempercepatkan peralihan kepada kenderaan elektrik. Apabila ini berlaku, banyak PKS tempatan mendapat manfaat daripada penyertaan dalam ekosistem EV.


Setakat ini, hanya Tesla yang telah memohon dan diluluskan penyertaannya dalam inisiatif Global BEV ini tetapi kita mengalu-alukan penyertaan pembuat EV lain.


Jadi, bila kata Tesla dapat layanan istimewa, tak betul tu, mana-mana syarikat pun boleh memohon untuk inisiatif ini.

 

Sekali lagi saya ulang, MITI atau mana-mana agensinya TAK PERNAH BUAT PENGUMUMAN TESLA AKAN BUKA KILANGNYA DI MALAYSIA.

 

Walau apapun, MITI akan terus berusaha menarik pelaburan berkualiti tinggi ke Malaysia. 

 

 Strategi untuk menarik pelaburan dalam industri automotif tidak terhad kepada Tesla sahaja.

 

Dari 2022 hinggalah suku pertama 2024, kita telah menarik pelaburan bernilai RM24.55 bilion dalam aktiviti pembuatan berkaitan EV daripada syarikat seperti Chery,  Gemilang Coachwork, Samsung SDI Energy, NexV Manufacturing dan EVE Energy. Pengeluar tempatan kita turut menyokong rantaian bekalan global Tesla dengan membekalkan alat ganti, komponen dan sistem automasi kilang kepada mereka. 


Selain pelaburan dalam sektor automotif, Kerajaan juga menarik pelaburan dalam pelbagai sektor lain. Bagi Suku Pertama 2024 sahaja, pelaburan diluluskan adalah RM83.7 bilion- naik 13% berbanding tahun lepas.


Insya-Allah, MITI akan terus berusaha untuk menarik pelaburan berkualiti bagi mewujudkan lebih banyak pekerjaan untuk rakyat Malaysia.


#tesla #MITI #PemacuPotensiGlobal #TZA



No comments: