AMIRUDDIN AHMAD
BERA- Satu majlis penyerahan bagi 13 ranting cabang Bera
telah dilakukan di Bandar Kemayan baru baru ini. Sebanyak 13 ranting yang aktif
dengan anggaran keahlian seramai 1500 orang telah diberikan sijil kelulusan
dari PKR pusat dan MPN Pahang.
Dalam majlis tersebut yang dihadiri oleh Tuan Hafizi Haron,
setiausaha pengelola MPN Pahang, beliau menyatakan bahawa PKR Bera makin
bertambah ranting dengan 13 buah ranting yang aktif dan menandakan bahawa Bera
menjadi salah satu target untuk PKR menawan ranting dalam pilihanraya yang akan
dating.
“ Dengan menerima sijil lantikan pengesahan dari MPN Pahang,
bermakna , ranting ranting ini aktif dan semoga ahli ahli PKR ini mencari lagi
ahli ahli yang mahu bersama kita dalam perjuangan untuk membanteras penyalahgunaan kuasa,rasuah dan
fitnah yang dimainkan oleh pembangkang”. Demikian ujar beiau lagi.
13 ranting yang menerima sijil itu ialah seperti bedikut :
Sementara itu YB Senator Bob Manolan Mohammed pula dalam
ucapan penerimaan 13 sijil ranting dalam
cabang Bera berkata , "Usaha yang
dilakukan oleh ahli ahli PKR adalah amat dihargai dan semoga ahli ahli ini
akan terus bertambah dan kita sedang
membuka ranting ranting baru sebnyak 15 lagi ranting yang berpotensi dalam masa
terdekat , sehingga kita mempunyai setiap kampong dan felda, kita punya 1
ranting ,dari beberapa kampong kampong di dalam Cabang Bera". Ujar beliau lagi.
Turut hadir ialah KC = YB SENATOR MANOLAN MOHAMAD, TKC = ABD RAZAK ABD KADIR,NKC I = TUAN HJ. ABAS AWANG,NKC II = TUAN HAJI MOHAMED ANDULLAH,NKC III = LIEW CHEONG CHEW,Jemputan Khas = Tuan Hafiz Harun, SUP MPN Pahang.