MENJAWAB VIDEO SYED SADDIQ





Malaysiakini pada baru-baru ini telah membuat satu laporan gaji pokok MB vs KDNK per kapita negeri.


Secara asasnya, pendapatan yang diterima oleh MB meliputi gaji pokok + elaun.


(Pendapatan MB = Gaji pokok + Elaun)


Walau bagaimanapun, Malaysiakini hanya meletak gaji pokok sahaja sebagai perbandingan kerana...... hanya gaji pokok semua negeri di Malaysia diketahui umum.


Gaji pokok MB semua negeri di Malaysia diketahui umum kerana gaji pokok MB, EXCO, ADUN dibentang dan diluluskan dalam persidangan DUN, sebab itu data tersebut diketahui umum dan boleh dicari di internet melalui transkrip persidangan DUN dan laporan-laporan akhbar lalu.


Bab elaun, Malaysiakini tidak masukkan sebab bukan MB semua negeri isytihar.


Ada negeri isytihar, seperti Selangor dan Negeri Sembilan.

Ada negeri tidak isytihar, seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis, Sabah dan lain-lain.


Sekiranya Malaysiakini dalam laporan mereka meletak gaji pokok + elaun untuk sesetengah MB, dan dibandingkan dengan gaji tanpa elaun untuk sesetengah MB lain, tak adil lah perbandingan sebegitu.


Dalam video Saddiq pada baru-baru ini, Saddiq telah kononnya "mendedah" elaun MB Selangor dan MB Negeri Sembilan yang tidak dilaporkan oleh Malaysiakini.


Kenapa Saddiq hanya mampu "mendedah" dua negeri tersebut?


Kerana hanya Selangor dan Negeri Sembilan mengisytihar perkara ini.


Oleh kerana pernah diisytiharkan pada sebelum ini, maka Saddiq jumpa lah info tersebut dalam internet.


Dalam erti kata lain juga, Selangor dan Negeri Sembilan telus dan transparent. Sumber pendapatan MB dua negeri ini diketahui umum kerana pernah diisytiharkan.


Maka sekiranya MB Selangor dan MB Negeri Sembilan mempunyai kekayaan luar biasa, boleh je SPRM cross check sama ada kekayaan itu padan dengan pendapatan mereka.


Jadi Saddiq bukannya sangat pandai ke mana pun sebenarnya. Dia cuma "mendedah" perkara yang pernah diisytihar pada sebelum ini.


Sekiranya Saddiq ialah pemimpin anak muda yang jujur, dia patut dedah sekali elaun MB Kelantan, Kedah, Terengganu, Perlis, Sabah dan lain-lain.


Tapi Saddiq takkan mampu sebab ianya tidak pernah diisytihar selama ini.


Tak mampu dedah takpe. Saddiq boleh cuba desak MB Kelantan, Kedah, Terengganu, Perlis, Sabah dan lain-lain isytihar elaun mereka.


Tapi rakyat kene faham jugalah. Saddiq punya video itu mempunyai political motivation, biasness dan spin. Tujuan dia nak hentam Pakatan sebenarnya.


MB Selangor dan MB Negeri Sembilan isytihar atas prinsip ketelusan pada sebelum ini, dia pula prinsip ketelusan itu dan menghentam kawan-kawan dia. Perangai apa punya manusia sebegini?


MB Kelantan, Kedah, Terengganu, Perlis, Sabah dan lain-lain yang menyorok dan tidak isytihar elaun mereka, Saddiq pula buat-buat tidak nampak? Ketelusan jenis apa yang diperjuangkan oleh Saddiq?


Lagi seperkara.


Saddiq hanya mengadu pasal gaji, elaun, pencen MB, Ahli Parlimen, EXCO, Menteri dan lain-lain selepas hilang kuasa.


Semasa Saddiq jadi Menteri, Saddiq tak tolak pun imbuhan-imbuhan yang Saddiq terima yang menghampiri jumlah RM100k sebulan??



No comments: