DAP BUAT LAPORAN POLIS KERANA DIHINA.



 Kami telah membuat laporan polis terhadap Zamri Zahari dan ADUN Rembia, YB Datuk Jailani berkenaan ungkapan “kafir harbi” yang di tujukan pada DAP.Kami menggesa supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap dua individu ini.Saya bersama-sama YB Syahredzan Johan dan juga saudara Sheikh Omar Ali serta rakan-rakan dari Parti DAP ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi membuat laporan keatas dua video yang tular baru-baru ini.





Isi kandungan kedua-dua video tersebut dengan jelas mengatakan DAP adalah Kafir Harbi.Mengikut pemahaman saya istilah Kafir Harbi merujuk kepada orang kafir yang memusuhi Islam dan golongan ini halal darahnya di perangi oleh umat Islam.Ini merupakan tindakan yang keterlaluan serta tidak bertanggungjawab daripada individu-individu tersebut dan ianya boleh mengancam keselamatan dan menganggu-gugat keharmonian di negara kita ini.


Kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan ini dan kami berharap pihak polis dapat mengambil tindakan tegas keatas mereka dan ini boleh di jadikan pengajaran kepada masyarakat di luar sana.



No comments: