TAK ADA GAMBAR PM PUN DIGANGUNG DALAM PEJABAT.

 

Rafizi Ramli


Saya ke Pejabat SUK Terengganu untuk berkongsi pelan pembangunan satu industri baru iaitu pemerangkapan, penstoran dan penggunaan karbon (CCUS).


Ini adalah satu industri yang tidak pernah wujud di Malaysia dan hanya wujud di beberapa buah negara di dunia.


Kementerian Ekonomi menggalas tanggungjawab membangunkan industri baru ini yang menjadi sebahagian dari Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR).


Pelaburan bagi satu hub CCUS dijangka mencecah RM20 bilion dan menjana peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.


Selain Terengganu, negeri-negeri lain yang berpotensi membangunkan hub CCUS ialah Pahang, Sabah dan Sarawak.


Kementerian Ekonomi akan membentangkan rang undang-undang CCUS di Parlimen dalam bulan November ini.






Insya Allah, industri baru ini akan menyaksikan pelaburan terbesar di Terengganu dalam tempoh dua dekad.


Bagi mereka yang secara berterusan menuduh Kerajaan Madani mengabaikan negeri-negeri pembangkang, saya berharap pembangunan hub CCUS yang dibawa ke Terengganu ini membuka mata mereka.