APA BAIKNYA PORDCAST INI?


Apabila percaya pada musuh nyata




MSO


Saya baru pertama kali tertonton pordcast ini dimana Rafizi Ramli berbual santai pelbagai isu semasa dengan orang berbaju merah sebelah kanan ini. 


Saya tidak tahu stadio pordcast ini siapa punya, maksud siapa yang jadi tuan dan siapa jadi tetamu? Pordcat ini nama Yang Bakar Menteri.


Sepanjang saya mengikuti siaran ini, ia tidak banyak membantu menghuraikan isu rakyat membabitkan kerajaan, tetapi yang banyak kena serang ialah Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. 


Nampaknya orang baju merah guna kesempatan ini untuk mengghentam kerajaan dan mengejek menteri termasuk yang kena ejek Mohamad Sabu.


Yang baju merah seperti tidak faham apa yang diterang mengenai isu penyasaran subsidi diesel, isu beras, STR dan lain lain. 

Acap kali dia sengaja sebut harga diesel dinaikkan cuba menggambarkan pembohongan PM.


Saya rasa isu dan subjek ditimbulkan sengaja untuk burukkan Anwar selaku perdana menteri. Pordcast ini tidak membantu jernihkan keadaan sebaliknya memberi gambaran buruk kepada kerajaan terutamanya PM.


Yang kena serang dalam perbualan tadi Anwar bukan Rafizi.


Dan semua tujuan dan maksud pordcast ini terjawab apabila orang baju merah berjebang itu dihujung perbualannya berharap Rafizi akan ambil alih perdana menteri kononnya untu selamatkan Malaysia. Dalam masa sama dia mahukan Anwar berihat.


Pernyataan itu nampak gurauan sahaja tetapi itulah mauduk disebalik pordcast itu. Trims.



No comments: