PEMBANGKANG MAHU KERJASAMA PRU16? PENDEDAHAN MENGEJUTKAN ZAHID HAMIDI!



Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengakui ada wakil daripada parti pembangkang yang meminta untuk bertemu dengannya dan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bagi membincangkan usaha membentuk kerjasama dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-16 akan datang. Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, dia masih belum terbuka hati untuk berjumpa dengan wakil parti berkenaan. "Ada delegasi yang datang mahu jumpa saya dan Anwar, saya tidak terbuka hati lagi jumpa mereka. "Saya pesan jangan dipatuk ular yang sama untuk kali kedua di tempat yang sama," katanya seperti dilapor Berita Harian. Dia berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tebrau di Dewan Taman Adda Height di Johor Bahru, malam tadi. Sebelum ini, Zahid menafikan ada pertemuan "tidak rasmi" dengan pemimpin PAS bagi membincangkan kerjasama untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Ini selepas ketua penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa terdapat beberapa siri pertemuan bersama pemimpin utama Umno untuk membincangkan kerjasama bagi menghadapi PRU16.



No comments: