BIASA LAH BILA BERCAKAP DALAM BIDANG YANG DIA SENDIRI CEBURI. TAPI TAK MEMBANTU.

 KECEWA



Saya kecewa membaca komen seorang Pakar Perubatan Am yang perli Pakar Perubatan Keluarga, atau Family Medicine Specialist sebagai hanya “glorified MO”. Terkejut, ada pakar sanggup buat kenyataan begitu. Sama bidang dengan saya pulak itu. 


Saya sangat menghormati Pakar Kesihatan Keluarga. Pengalaman dan ilmu mereka sangat luas, semua benda pun kena tahu. Keduanya, mereka ini sangat-sangat baik, bekerja keras tanpa mengharapkan apa-apa balasan. They are our unsung heroes and heroines!


Jangan sekali-kali dilupakan yang dunia amnya dan negara kita khususnya, perlu mengalihkan fokus ke komuniti. Tanpa pakar perubatan di komuniti, bagaimana kita boleh merealisasikan aspirasi ini. 


Saya berharap kita menghormati semua orang tidak kira siapa pun mereka ini. Bila kita kembali kepada pencipta nanti, status dan wang ringgit tidak kita bawa bersama ya. Jangan lupa.


Bersama Prof Rosmawati, yang tidak asing lagi. Master Academy of Medicine🩷❤️💚