Najib Bakar
Aku dah risau takkan nak kena berkawan dengan Supi Kamari. 🤣
Tapi bab PAS nafi ni, tak lama pun sekitar 10 tahun lepas, masa tu depa jugak nafi nak keluar dari Pakatan Rakyat dan kerjasama dengan UMNO.
Tak lama lepas tu, kita semua tau apa jadi.
Politik ni dinamik sifatnya. Kadang-kadang atas sebab tak boleh elak, kena adakan kerjasama.
Macam penubuhan Kerajaan Perpaduan sekarang. Tak siapa sangka PH boleh berkawan dengan BN.
Tapi dah takdak blok politik yang dapat majoriti, YDPA pun buka cadangan tu. The rest is history.
Kalau hampa tengok sikap pemimpin PAS kebelakangan ni, kenyataan subsidi diesel Takiyudin, sikap MB Kelantan, Perlis, dan Terengganu. Sanusi pun makin tone down.
Cuma tiba-tiba sebab ada PRK Sg Bakap. Kena la jadi garang berlakon sat. Poodah bagai. Depan penyokong kan.
Belakang kalu, jumpa Lim Guan Eng pun sengih tak sangga. Heh.