Ok gini cerita pasal penstrukturan semula Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB)UMNO PERLU DENGAR DAN FAHAM. .

 

BlackRock kawal MAHB? 



Najib Bakar


*Nota: Terima kasih dan kredit kepada team Islah, pinjam gambar-gambar hampa na?


Gegak gempita bagai kisah BlackRock ni. Dengan KJ, dengan Tun Mahathir, dengan Muhyiddin. Padahal depa sendiri terlibat dengan BlackRock dah lama.


Ok gini cerita pasal penstrukturan semula Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).


Selepas exercise tu, 70% saham MAHB nanti milik negara melalui Khazanah dan KWSP.


30% lagi dikongsi antara Abu Dhabi Investment Authority (entiti pelaburan milik negara Islam) bersama Global Infrastructure Partners (GIP).


Ingat baik-baik, 30% sahaja, tu pun share dengan negara Islam. 


Macam mana logik minoriti kawal majoriti? Tu cuma mantra PAS saja. 😌


Yang BlackRock tu nanti cuma berkaitan dengan depa nak ambil alih GIP pada suku ketiga 2024, takdak kena mengena dengan keadaan sekarang.


Sekali lagi, takdak kena mengena dengan situasi sekarang.


Tapi, kenapa GIP penting? Bagi la semua 30% tu kat Abu Dhabi kan? Mungkin hampa tertanya-tanya.


Okey, bab duit satu hal, tapi apa yang lebih penting adalah apa yang depa boleh bring to the table?


GIP ni ada pengalaman dengan pengurusan dan operasi lapangan terbang, dan macam mana nak maksimakan operasi, pendekkan masa menunggu, dan segala bentuk aktiviti berkaitan lapangan terbang.


Depa berpengalaman pulihkan Sydney Airport, London Gatwick Airport, Edinburgh Airport, dan banyak lagi.


Pendek kata, bukan panjang kata, no pun intended, depa nak pulihkan keadaan lapangan terbang yang di bawah seliaan MAHB.


Contoh macam KLIA yang belum pulih ke situasi pra-Covid pun lagi, sedangkan Jakarta, Manila, dan Singapura dah cecah lebih 90% situasi pra-Covid.


KLIA dalam 10 tahun terakhir ni dah jatuh 50 anak tangga, dipintas oleh lapangan terbang Bangkok dan Jakarta.


Jadi, pengalaman GIP nak turn the table amat penting selain depa pun ada duit lah.


Takkan nak bagi puak JomDonate manage walaupun kata la satu hari nanti depa ada duit? Depa deal 20% dengan influencer boleh la.


Ataupun takkan nak bagi syarikat yang modal ciput ofis atas kedai nasi ayam tapi nak manage projek billion?


😌