KAH.. KAH.. KAH.. APA PUNYA LEKEH...

 



Mesin ATM/CDM dah jadi macam sesuatu yang sangat impressive dan gah sampaikan kena buat mesyuarat untuk majlis perasmian.







Ini kisah mesin ATM di DUN Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan.


Dalam mesyuarat tu bincang, siapa yang perlu dijemput, ada gimik apa, makanan apa, siapa yang akan bagi ucapan.


Punyalah susah dan kompleks agaknya sampai kena buat satu majlis khas mesin ATM ni.


Maka bermesyuaratlah berjam-jam sambil makan bihun goreng, karipap, dan teh o.


Akhirnya ditetapkan, ada gimik potong riben, gimik belah pulut, ucapan, dan bergambar sambil tunjuk 👍.


Agak speechless sebenarnya. 


Faham, mesin yang pertama di DUN itu memang penting untuk rakyat tempatan. Cuma cara meraikannya itu sangat luar biasa.


Mungkin aku perlu ke sana untuk berswafoto dengan mesin ATM istimewa ini. 


Teringat kata pepatah Inggeris, mediocrity breeds mediocrity.



No comments: