LANGKAH SELAMAT IALAH KERAJAAN KENA BATALKAN JUAL SAHAM MAHB KEPADA BLACKROCK SEBELUM SIDANG PARLIMEN BERMULA

Seorang Ahli Parlimen blok pembangkang (MP Machang) telah memfailkan dua usul untuk membahaskan pendirian kerajaan serta kepentingan rakyat Malaysia terhadap isu berkaitan Palestin.

Salah satu daripada usul tersebut ialah mendesak kerajaan menarik balik penjualan 25 peratus MAHB kepada sebuah syarikat milik Blackrock.

Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad mahu kerajaan mempertimbang dan menarik semula keputusan penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) yang dilapor dimiliki oleh Blackrock, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan pembiayaan senjata kepada Israel.

“Usul ini sangat penting dan berkehendak kerana ia melibatkan kepentingan aset dan kedaulatan negara.

“Blackrock sebagai sebuah syarikat telah terlibat secara terus dalam membiaya aktiviti pembunuhan rakyat Palestin di sempadan Gaza.

“Maka penjualan sebahagian saham kepada syarikat itu adalah bercanggah dengan pendirian kerajaan Malaysia dan rakyat jelata yang menentang aktiviti pembedilan dan pembunuhan rakyat Palestin di sempadan Gaza,” katanya menerusi surat yang dihantar kepada setiausaha Parlimen, Rabu lalu.

Sebelum ini pelbagai pihak telah membantah perjanjian kerajaan menerusi Khazanah Nasional dengan GIP yang melibatkan penjualan sebahagian equiti syarikat MAHB kepada syarikat tersebut.

Ini kerana Blackrock, iaitu syarikat pelaburan multinasional Amerika Syarikat pada Januari lalu mengumumkan dalam proses mengambil alih GIP pada harga AS$3 bilion (kira-kira RM14 bilion) secara tunai.

Blackrock ialah pengurus aset terbesar di dunia yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Israel dan memiliki pegangan dalam syarikat-syarikat yang membekalkan senjata kepada tentera Zionis Israel.

Berkaitan usul itu, Speaker Parlimen mungkin menolak usul tersebut kerana sebarang usul yang hendak dikemukakan mestilah memenuhi tiga syarat sekaligus – perkara tertentu, melibatkan kepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka usul boleh ditolak ke tepi begitu saja.

Namun demikian, dalam isu penjualan saham MAHB kepada Blackrock, penolakan usul berkenaan untuk dibahaskan akan meletakkan Parlimen sebagai institusi yang dilihat tidak bersama-sama dengan rakyat dan kerajaan dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Dengan demikian, menolak usul berkenaan bukanlah suatu keputusan yang baik.

Walau bagaimanapun, menerima usul itu untuk dibahaskan juga akan meletakkan Ahli-Ahli Parlimen blok kerajaan dalam keadaan serba salah.

Barangkali ramai Ahli Parlimen blok kerajaan yang tidak sanggup membahaskannya, apa lagi untuk bersuara menyokong atau merasionalkan penjualan saham MAHB kepada Blackrock itu.

Menyokong saham MAHB dimiliki oleh Blackrock samalah ertinya, terutama di mata dunia dan masyarakat Islam, dengan tidak bersama dengan susah derita rakyat Palestin.

Bagi Ahli Parlimen kerajaan, jika mereka menyokong pula usul pembangkang itu, sama seperti pendirian blok pembangkang, ia akan dilihat lebih tidak kena kerana lazimnya Ahli Parlimen blok kerajaan tidak akan menyokong usul yang dibawa oleh blok pembangkang.

Jadi, apakah langkah selamat yang harus diambil?

Pertama, kerajaan khususnya melalui Perdana Menteri hendaklah dengan serta-merta mengumumkan penarikan balik penjualan saham MAHB kepada Blackrock itu.

Penjualan saham itu sebenarnya hanya memalukan Malaysia sebagai negara kita yang sejak dulu lagi dikenali sentiasa bersama dengan perjuangan rakyat Palestin.

Sebagai sebuah syarikat yang untung dan tiada masalah, sama ada dari segi operasi atau kewangan, hakikatnya tiada sebab mendesak untuk kerajaan membenarkan penjualan saham MAHB kepada pihak lain.

Lebih memalukan lagi jika saham MAHB dijual kepada syarikat yang ada kaitan dalam membantu Israel untuk meneruskan pembunuhan terhadap rakyat Palestin.

Setelah Perdana Menteri mengumumkan pembatalan penjualan itu, maka dengan sendirinya usul MP Machang itu tidak relevan lagi untuk dibahaskan.

Selepas itu, semasa sidang Parlimen bermula pada 24 Jun ini, Speaker boleh dengan senang hati menolak begitu saja usul berkenaan.

Lebih penting daripada segala-galanya, isu Blackrock dan persendaan bahawa kerajaan kononnya lemah lutut dengan Israel akan termati dengan serta-merta bila pembatalan penjualan saham MAHB itu keluar daripada mulut Perdana Menteri sendiri. – ShahbudinHusin 08Jun2024.

https://shahbudindotcom.net/2024/06/08/langkah-selamat-ialah-kerajaan-kena-batalkan-jual-saham-mahb-kepada-blackrock-sebelum-sidang-parlimen-bermula.html

No comments: