JIKA BENAR HARGA GAS NAIK SILA LAPORKAN.



 Posting acah-acah cerdik. Akal nak salahkan kerajaan sebab 𝗮𝗽𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗱𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹. Tapi kalau dia cerdik dan rajin buat kira-kira, dia tahu 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗷𝗮𝗹.



Katakan tangki penuh lori gas 80 liter. Tambahan kos diesel adalah RM96 (RM1.20 × 80).


Katakanlah lori tu boleh bawa 200 tong dengan setiap kali dia isi minyak 𝘧𝘶𝘭𝘭 𝘵𝘢𝘯𝘬. 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 dengan harga gas baru ialah RM4 × 200 = RM800.


Nampak? Tambahan kos RM96. Tapi syarikat lori tu dapat RM800. Bersih dapat RM704. Sedangkan kalau kira, kos tambahan setiap tong cuma 48 sen!


Ini namanya 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗮𝘁𝘂𝘁𝗮𝗻. Syarikat ambil kesempatan tambah keuntungan. Tapi si dungu letakkan kesalahan cuma pada kerajaan. 𝗦𝗶 𝗱𝗮𝗷𝗮𝗹 𝘁𝗮𝗺𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗮 𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗶.


Itu kalau boleh bawa 200 tong je. Aku percaya boleh bawa lebih dari itu. Bermakna kos tambahan kurang daripada yang aku tuliskan.


Sepatutnya untuk perbuatan seperti ini, 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗣𝗗𝗡. Tapi dia bukan nak syarikat tu diambil tindakan pun. Dia cuma nak hasut rakyat. Itu je.


Begitulah bila hati dipenuhi nafsu syaitan. Bertindak bukan untuk kebaikan rakyat. Tapi lebih kepada fitnah je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


P/S: Tak pasti kalau ni betul harga gas sekarang. Aku dah bertahun tak beli gas memasak.


.



No comments: