Sewaktu pulang ke kampung halaman, saya sempat menziarahi guru saya, Ustazah Salmah Abu Bakar yang mengajar Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) sewaktu saya tahun empat hingga enam di Madrasah Al Itihadiah Al Wataniah, Cherok Tok Kun.
Kami bicara panjang mengungkap kisah lampau sewaktu pembelajaran selain bertanya khabar Ustazah Salmah dan ahli keluarga serta jiran tetangganya.
Usai pertemuan, saya langsung menghadiri kenduri kenalan lama, Hamzah Mat Isa sempena Hari Raya Aidiladha di Mengkuang Semarak sambil menyantuni penduduk sekitar.
Ada yang hadir membawa buku untuk ditandatangani, bercerita kisah penduduk, diajak bergambar dan lain-lain lagi dalam meraikan ukhuwah yang terjalin.
Sebelum pulang, saya sempat menziarahi ibu mertua kepada adik saya, Che Gayah Awang sambil mendoakan beliau dan keluarga dikurniakan afiyah berpanjangan, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI