PRK KKB: AMANAH lakukan terbaik, menang 3 Daerah Mengundi - Mujahid





Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu (KKB) semalam merupakan hasil usaha bersungguh sungguh semua jentera parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.



Bagi Timbalan Presiden AMANAH, Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, kesungguhan jentera parti terbabit dalam berkempen di tiga Daerah Mengundi (DM) di KKB telah berjaya mencatat keputusan cemerlang, termasuk menang di DM yang PH tewas pada Pilihan Raya Negeri Ogos 2023 lalu.



"Saya mengucapkan tahniah di atas kemenangan calon Perpaduan dalam PRK ini dan berterima kasih kepada semua pengundi Kuala Kubu Baharu (KKB) yang telah memilih calon perpaduan untuk mewakili mereka.



"Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada seluruh jentera Bilik Gerakan Utama (BGU) Parti Amanah yang telah diberikan amanah untuk menjaga 3 DM, iaitu DM KKB, DM Air Jernih, dan DM Kerling.



"Kita telah berjaya memenangi ketiga-tiga DM tersebut, di mana sebelum ini kita tewas di DM Kerling," katanya dalam satu kenyataan.



Menurut Pengarah Induk AMANAH PRK Kuala Kubu Baharu itu lagi, kejayaan tersebut dicapai dengan usaha keras semua anggota parti yang telah berkampung di kawasan terbabit selama dua minggu tanpa jemu.



"Terima kasih kepada semua petugas Amanah Selangor yang turut membantu menjayakan kemenangan calon PH



"Akhir sekali, terima kasih di atas kesepaduan yang telah ditunjukkan antara parti-parti di dalam Kerajaan Perpaduan khususnya, UMNO yang telah menunjukkan kerjasama sepasukan yang berkesan," katanya lagi.



Semalam, calon DAP Pang Sock Tao menang PRK KKB dengan majoriti 3,869 undi dengan memperolehi 14,000 undi menewaskan tiga lagi pencabarnya.



Pencabar utama Sock Tao daripada Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut mendapat 10,131 undi.



Dua lagi calon iaitu Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas) masing-masing memperoleh 152 dan 188 un

 

No comments: