HARAP LAIN KALI MENTERI BESAR JUGA JADI DELAGASI

MSO





LAMA sebelum ini kita sudah diberi gambaran betapa kalau Anwar Ibrahim jadi PM keadaan ekonomi negara ini akan jadi lebih baik memandangkan kemampuannya untuk menarik pelaburan dari negara negara Arab, Timur Tengah dan Asia Barat kerana hubungan peribadi beliau dengan pemimpin negara negara berkenaan sangat baik. Tumpuan ke negara berkenaan akan menambahkan lagi zone perlaburan negara, yang sebelum ini lebih miring ke Timur dan Barat. 


Kedudukannya sebagai pemimpin muda Malaysia beragama Islam menyebabkan beliau punya ramai kawan kawan di negara negara berkenaan dimana situasi itu dilihat memudahkan bagi menjalani hubungan kenegaraan dengan negara-negara berkenaan.


Anwar lebih mesra dengan dunia Islam berbanding dengan dunia Barat dan Timur.


Kapasiti itu juga dijadikan bahan kempen dan impian rakyat negara ini kenapa beliau perlu jadi pemimpin negara ini. Hubungan yang sudah lama dibentuk itu akan memberi keuntungan dan kebaikan buat Malaysia, apa lagi kebanyakan pemimpin di negara-negara berkenaan sudah dikenali dan merupakan kawannya. 


Tidak sampai dua tahun beliau jadi PM beliau sudah menjelajah ke negara Asia Tengah dalam rangka mencari dan meneroka palaburan disamping mengukuhkan hubungan serta kempen kedamaian manusia sejagat. Selepas selesai urusan di Qatar beliau ke Kyrgyz, meliputi Kazakstan, Usbekistan membawa delegasi besar negara menunjukkan beliau telah merealisasikan impiannya dan kita selama ini.


Lawatan ke negara Asia Tengah itu yang membawa delegasi besar negara terdiri dari menteri, tokoh perniagaan, teknokrat sangat bererti yang secara tidak langsung mendedahkan mereka ke dunia antarabangsa.


Usaha PM itu terbaik. Sehubungan itu dimasa akan datang diharap PM tidak hanya membawa para menteri dan ahli perdagangan menyertai delegasinya, sebaliknya turut juga mengundang para Menteri Besar termasuk MB Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.


Walaupun menteri besar negeri-negeri tersebut bukan dari negeri dikuasai PH/BN, namun keterbukaan sikap mereka yang dipamerkan kebelakangan ini membuka era baru yang perlu dilayani baik. Mereka tidak perlu disisihkan sebaliknya perlu juga didedah ke peringkat antarbangsa kerana dengan pengalaman dan pendedahan itu dapat digunakan untuk mereka memajukan negeri dibawah pimpinan mereka. Trims.



No comments: