DAP nampaknya tidak terkesan dan tidak peduli dengan
keputusan MCA enggan membantu mereka dalam PRK Kuala Kubu Bharu ini.
Malah, DAP juga tidak berhasrat untuk memujuk MCA.
Ini kerana kerana bagi DAP, yang penting ialah memujuk
pengundi, bukan memujuk parti.
Berikut penegasan DAP mengenai keputusan MCA untuk terus
memboikot PRK Kuala Kubu Bharu:-
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan
keutamaan yang harus diberikan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan
Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu adalah memujuk pengundi, bukan mana-mana parti
untuk menyokong mereka.
Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, pihaknya juga
menghargai mana-mana parti atau individu yang menyokong calon Kerajaan
Perpaduan, Pang Sock Tao.
“Pilihan raya bukan soal parti sebaliknya tumpuan kepada rakyat.
Jadi, pada saya paling penting pujuk pengundi, bukan mana-mana parti.
“Yang datang membantu kita amat hargai. Yang tidak membantu
kita tak paksa. Kalau tak sanggup membantu itu hak dia.
“Saya tak perlu gaduh dengan mereka. Paling utama adalah
soal pengundi sebab mereka yang akan membuat keputusan dan memilih wakil rakyat
mereka, bukannya soal parti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas penamaan
calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini pada
Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada DAP sedia
memujuk MCA turun membantu calon Kerajaan Perpaduan susulan tindakan parti
komponen Barisan Nasional (BN) itu memboikot kempen kali ini.
Jawatankuasa Pembangunan Politik MCA sebelum ini dilapor
memutuskan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti kempen PRK DUN Kuala
Kubu Baharu sekiranya calon dikemukakan bukan daripada BN.
Sementara itu, Anthony Loke memuji komitmen diberikan BN
dalam pilihan raya kali ini.
Saya nampak komitmen sangat tinggi daripada BN, terutama
Presiden UMNO sendiri
“Wanita UMNO juga sudah digerakkan bersama, selain jentera
PH, kita yakin dapat jalankan kempen dengan baik,” katanya.