DAP TAK TERKESAN PENDIRIAN MCA, PUJUK PENGUNDI LEBIH PENTING DARIPADA PUJUK PARTI

 


DAP nampaknya tidak terkesan dan tidak peduli dengan keputusan MCA enggan membantu mereka dalam PRK Kuala Kubu Bharu ini.

Malah, DAP juga tidak berhasrat untuk memujuk MCA.

Ini kerana kerana bagi DAP, yang penting ialah memujuk pengundi, bukan memujuk parti.

Berikut penegasan DAP mengenai keputusan MCA untuk terus memboikot PRK Kuala Kubu Bharu:-

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan keutamaan yang harus diberikan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu adalah memujuk pengundi, bukan mana-mana parti untuk menyokong mereka.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, pihaknya juga menghargai mana-mana parti atau individu yang menyokong calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao.

“Pilihan raya bukan soal parti sebaliknya tumpuan kepada rakyat. Jadi, pada saya paling penting pujuk pengundi, bukan mana-mana parti.

“Yang datang membantu kita amat hargai. Yang tidak membantu kita tak paksa. Kalau tak sanggup membantu itu hak dia.

“Saya tak perlu gaduh dengan mereka. Paling utama adalah soal pengundi sebab mereka yang akan membuat keputusan dan memilih wakil rakyat mereka, bukannya soal parti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada DAP sedia memujuk MCA turun membantu calon Kerajaan Perpaduan susulan tindakan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu memboikot kempen kali ini.

Jawatankuasa Pembangunan Politik MCA sebelum ini dilapor memutuskan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti kempen PRK DUN Kuala Kubu Baharu sekiranya calon dikemukakan bukan daripada BN.

Sementara itu, Anthony Loke memuji komitmen diberikan BN dalam pilihan raya kali ini.

Saya nampak komitmen sangat tinggi daripada BN, terutama Presiden UMNO sendiri

“Wanita UMNO juga sudah digerakkan bersama, selain jentera PH, kita yakin dapat jalankan kempen dengan baik,” katanya.

Sumber – https://www.sinarharian.com.my/article/661633/berita/politik/paling-penting-pujuk-pengundi-bukan-parti—anthony-loke