MP BERSATU KANTOI MENIPU ISU CSA! TPM2 BUAT PENDEDAHAN PANAS!


Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof menafikan dakwaan kerajaan “menawarkan” perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) kepada pembangkang, didakwa Ahli Parlimen Ketereh Khlir Mohd Nor.
“Tiada. Setahu saya belum ada perjumpaan pun,” kata Fadillah dalam mesej menerusi WhatsApp kepada FMT mengulas dakwaan wakil rakyat Bersatu itu.
Fadillah sebelum ini diberi tanggungjawab berunding dengan pembangkang berhubung peruntukan untuk wakil rakyat mereka, namun Perikatan Nasional (PN) menghentikan rundingan pada November tahun lalu kerana mendakwa kerajaan meminta jaminan tertentu.
========================================================================================= Ahli Parlimen Ketereh Khlir Mohd Nor mendakwa kerajaan “menawarkan” Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA). Wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) berkata, jika ditandatangan ia bakal memberi peluang kepada Ahli Parlimen menerima peruntukan khas bagi pembangunan kawasan yang menjadi tuntutan pembangkang selama ini. “Sudah ada tawaran tandatangan untuk menyokong.

Ada syarat-syaratnya. Kalau cakap macam itu (beri sahaja peruntukan) tidak mengapa, masalahnya ada syaratnya. Kalau syaratnya ketat bagaimana?” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.
November lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata beliau tidak pernah menghalang atau meletakkan syarat ketat dalam soal pemberian peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.


No comments: