BERJUMPA DENGAN KETUA PEGAWAI NEXPERIA







 Mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Nexperia BV, Xuezheng Zhang serta para pegawai eksekutif tertinggi syarikat semikonduktor berkenaan.


Turut bersama adalah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).


Nexperia BV memiliki anak syarikat milik penuh di Malaysia, Nexperia Malaysia Sdn Bhd, yang mengembangkan operasi dengan kilang terbaharunya di Seremban, Negeri Sembilan.


Dalam pertemuan ini Nexperia BV juga telah memberikan maklum balas terkait operasi mereka di Malaysia serta membincangkan peluang pelaburan baharu yang boleh dilakukan.


#MalaysiaMADANI