KEHEBATAN & KEISTIMEWAAN TOK DOR HADI


MSO


Semua manusia yang waras di dunia ini mahukan sesuatu yang bermakna kepada dirinya. Dia mahu dunia mengenali dirinya,  punya keistimewaan dan kelebihan agar ia dilihat hebat. Seterusnya dicatat sebagai pemegang rekod dunia. Itu adalah naluri semulajadi manusia.


Sama ada ia menjadi buruan atau tidak, tetapi ada juga individu memiliki atau dikenali dengan kehebantan itu tanpa disedarinya. Namun ia turut dinilai atau diperkirakan oleh masyarakat disekelilingnya. 


Misalnya apa yang berlaku ke atas presiden Pas Al Fadhil Abdul Hadi Awang  menunjukkan dia adalah salah seorang individu yang hebat dan menjadi juara dalam bidang atau aspek yang dia sendiri tidak menyedarinya. Ini kalau boleh disifatkan sebagai koromah Tok Dor Hadi. 


Mungkin ramai tidak sedar bahawa bekas MB Terengganu itu telah mencatatkan rekod sebagai orng politik di Malaysia yang banyak atau kerap menggunakan nama binatang atau serengga dalam memberi nasihat ataupun anologi politik. Beliau seorang berkemahiran tinggi dalam hal ini. 


Menurut sebuah kajian, Tok Dor telah menggunakan sekurang-kurang 40 nama haiwan dan serengga sebagai perbandingan, nasihat, sidir atau pun anologi politiknya. Angka ini adalah terhebat dan tidak dicapai oleh mana-mana orang politik daripada parti mana pun di Malaya sejak sebelum dan selepas merdeka. Bahkan ada tokoh politik lain tidak mengambil sekor binatang dan serengga pun sebagai umpama dan bahan sinikalnya. 


Jumlah nama haiwan dan serenggan disebut Tok Dor itu diambil daripada pengucapan rasmi dibuat olehnya yang direkod dalam media atau televisyen. Dipercayai masih ada lagi nama-nama haiwan dan serengga disebut yang terlepas dari antologi ini.   


Diantara nama-nama haiwan dan serengga yang kerap disebut Tok Dor sekurang-kurang sekali dan direkod sebagai benar:


1. Tikus.

2. Semut.

3. Ayam.

4. Bangau.

5. Anjing.

6. Babi.

7. Kera.

8. Monyet.

9. Serigala.

10.Buaya.

11. Kusuari.

12. Jerung.

13. Lembu.

14. Udang.

15. Ikan.

16.Nyamuk.

17. Agas.

18. Keldai.

19. Burung Kak Tua.

20. Tiong.

21. Kambing.

22. Lembu.

21. Cicak.

22. Labah-labah.

23. Lalat.

24. Rimau.

25. Gajah.

26. Singa.

27. Unta.


Menurut pemerhatian penggunan nama haiwan paling baru diulang sebut oleh Tok Dor ialah Kakak Tua dan Tiong yang disebut ketika membahas titah ucapan Yang diPertuan Agong di parlimen dua tiga hari lepas. 


Kesedaran atau keluasan pengetahuan Tok Dor dalam mengguna pakai nama haiwan dan serengga ini meliputi semua speciaes atau jenis dan kategori. Daripada yang tinggal di dalam air, atas darat, di hutang dan juga diawan. Juga dari sekecil kecilnya sehinggalah sebesar besarnya.


Kehebatan Tok Dor juga kerana mengambil semua jenis atau kategori haiwan, reptalia, amfabia, mamalia, “marangtilia”, dan sebagainya. Pengambilan nama haiwan itu juga berbagai ragam bersayap, berkaki dua, berkaki empat dan tiada kaki.


Sekiranya Tok Dor tidak berjaya mengikut jejak Abdullah Badawi, Najib, Anwar dan lain-lain untuk jadi perdana menteri, tetapi cukuplah beliau kekal memegang kelebihan itu sebagai rekod yang tidak akan terlawan oleh mana-mana politician setakat ini. Trims.



No comments: