TAHUN BILA CUKAI LVG NI DI LULUSKAN ? YB DALAM KABINET KAN MASA TU ?






ADRIAN LIM CHEE ANN


 YB (Yang Berpengalaman) DUDUK DALAM KABINET


Saya menonton video YB (Yang Berpengalaman) Duduk Dalam Kabinet tentang cukai LVG. Beliau berpandangan...


1. Cukai LVG harus ditangguh kerana keadaan ekonomi

2. Cukai GST terbaik untuk mengganti Cukai LVG


Masalahnya, yang tidak disebut oleh YB (Yang Berpengalaman) Duduk Dalam Kabinet ialah...


Cukai LVG diluluskan sebulat suara dalam Parlimen pada bulan Ogos 2022.


1. YB (Yang Berpengalaman) Duduk Dalam Kabinet tidak membantah cukai LVG pada ketika itu.


2. YB (Yang Berpengalaman) Duduk Dalam Kabinet juga tidak membuat video TikTok mencadang cukai GST bagi mengganti cukai LVG pada ketika itu.


Kerajaan YB (Yang Berpengalaman) Menjadi Menteri mencadangkan cukai LVG ✅️

Kerajaan YB (Yang Berpengalaman) Menjadi Menteri meluluskan cukai LVG pada tahun 2022 ✅️

Kerajaan YB (Yang Berpengalaman) Menjadi Menteri menjadual pelaksanaan cukai LVG pada tahun 2022 ✅️


Yang menangguhkan pelaksanaan cukai LVG dari tahun 2023 ke tahun 2024 ialah kerajaan sekarang yang mana Wee tidak lagi menjadi anggota Kabinet.



No comments: