MALAYSIA TRULY ASIA. PATI DITAHAN DI PAHANG.

 













Seorang pondan warga Indonesia yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan dicekup oleh pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Pahang setelah berkejaran hampir 200 meter dalam satu serbuan operasi di Kuantan pada awal pagi 28 Disember 2023.


Pemeriksaan lanjut mendapati beliau telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal melebihi masa setelah pas lawatan sosial yang dikeluarkan kepadanya tamat sejak Jun lalu.


Terdahulu dalam siri Op Kutip, Selera dan Sapu itu juga seramai 24 orang warga asing ditangkap di 4 premis berbeza melibatkan premis kedai makan, kedai aksesori kereta, tapak pembinaan dan rumah kediaman.


Keseluruhan 7 orang warga Thailand, 7 Bangladesh, 6 Indonesia dan 5 Myanmar ditangkap selepas dipercayai melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.


Operasi dengan kekuatan 14 pegawai itu berakhir pada jam 1 pagi dan semua tahanan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Kemayan untuk siasatan lanjut.


Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pahang



No comments: