WOIII MAHIADDIN- MUNG NAK MASUK NERAKA ?- KEH..KEH..KEH




 Pulak dah. Apa ke he Mahiaddin cakap macam ni? Tak takut masuk neraka ke?


Ini sebenarnya petanda yang PN sekarang sedang retak menanti belah. Mahiaddin sudah mula rasa tercabar kedudukannya sebagai Pengerusi PN.


Ditambah lagi dengan pencalonan Samsuri untuk PRK Kemaman, usaha untuk membawa Samsuri ke peringkat pusat seakan mahu menghapus pengaruh Mahiaddin.


Baru-baru ini pun, di Perlis, ada rungutan dari Ketua Bersatu Perlis yang berang diketepikan dari lantikan ke jawatan exco biarpun disokong oleh Mahiaddin.


Itu tamparan buat Mahiaddin yang menunjukkan bahawa kedudukan Mahiaddin sebagai Pengerusi PN tidak dihormati oleh pimpinan PAS.


Lebih malang lagi, Adun Bersatu yang lain juga tak menyokong Ketua Bersatu Perlis. Bermakna surat sokongan daripada Mahiaddin tidak membawa erti waima di kalangan pemimpin Bersatu sendiri.


Malah desas desus mengatakan terdapat beberapa pimpinan yang mahukan PAS menyertai Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan DS Anwar Ibrahim.


Dengan semua kejadian ini, Mahiaddin berasaskan dirinya bakal dikesampingkan. Dia juga merasakan yang PAS mula mendominasi Perikatan Nasional.


Jadi kenyataan Mahiaddin ini seakan-akan sebuah pesanan buat PAS agar tak melupakan sumbangan Bersatu dan Mahiaddin sendiri atas pencapaian mereka dalam PRU15 yang lalu.


Kenyataan dari Mahiaddin ini bukannya saja-saja tersembul dari mulutnya. Ia hasil kebimbangan Mahiaddin yang lama bergelojak dalam mindanya.


Perkara ini belum berakhir. Ini baru permulaan. Aku teruja nak tengok bagaimana respon pemimpin lain baik daripada PAS mahupun Bersatu selepas ini.


Nak tengok muka muka seperti Wan Fayhsal dan Wan Saiful berani tak pertahankan Mahaiddin. Atau mereka lebih takut dikafirkan oleh walaun.


Begitu juga, aku nak tengok pemimpin PAS seperti Fadhli Shaari dan Awang Hashim, bahkan mungkin juga Arau. Berani atau tidak mengkritik Mahiaddin.


Tengok yang cakap berdegar ni sebenarnya berani ataupun pengecut dan cuma pandai sembang kari. Sementara tu, bolehlah onder (order) popcorn lebih. Panjang lagi episod ni nampaknya Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



No comments: