MAU TAK DENDAM. TUA TUA KENA SOALSIASAT LAGI.

 


Zainuddin Omar


Dia punya dendam dari muda sampai tua tak pernah pudar. 



Kes Zahid. 


“Ketika Khairy mencelah untuk mengingatkan bahawa ia merupakan keputusan mahkamah, Mahathir berkata Anwar tetap perlu dipersalahkan kerana keputusan mahkamah itu berlaku ketika dia menjadi perdana menteri”. 


Bhahahahaha


***************

Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Anwar Ibrahim menjadi lebih buruk daripada orang yang dia mahu laksanakan reformasi selepas menjadi perdana menteri.


Anwar, yang memulakan gerakan Reformasi pada penghujung 90-an, pernah menuntut agar pemerintahan BN ditamatkan dalam kerajaan tetapi kini bekerjasama dengan gabungan itu dalam pentadbiran semasa.


“Kalau kita lihat Anwar, apabila dia tak jadi perdana menteri, pendiriannya berbeza. Itu nak revise, itu nak reform.


"Apabila dia menjadi perdana menteri, dia menjadi lebih teruk daripada orang yang dia mahu reform," kata bekas perdana menteri itu pada episod terbaru program Keluar Sekejap, yang dihoskan oleh bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan.


Mahathir berkata, antara contoh adalah apabila Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi yang dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) atas semua 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram pada September lalu.


Ketika Khairy mencelah untuk mengingatkan bahawa ia merupakan keputusan mahkamah, Mahathir berkata Anwar tetap perlu dipersalahkan kerana keputusan mahkamah itu berlaku ketika dia menjadi perdana menteri.


Mahathir berkata bahawa dia juga dipersalahkan atas isu-isu semasa negara yang timbul semasa menjadi perdana menteri.


Namun, kata bekas ahli parlimen Langkawi itu, dia kekal dengan pendirian dan prinsip yang sama.


"Dia (Anwar) bercakap, dulu lain, sekarang lain.


"Saya konsisten, dulu masa jadi perdana menteri pendirian sama, tak jadi perdana menteri, pendirian sama,” kata Mahathir yang berkhidmat sebagai perdana menteri keempat dan ketujuh.


Khairy kemudia mencelah dengan mengatakan bahawa Mahathir merupakan orang yang mengetengahkan Anwar ketika awal kerjaya politik pengerusi PKR itu.


"Pada masa itu, nampak dia warak, baik. Jadi saya bagi peluang pada dia,” katanya.


"Apabila saya ambil dia masuk dalam Umno, dia ketika itu dilihat sebagai orang yang kuat pegangan agama.


"Kita harap dia dapat suntik dia punya pengetahuan dalam Umno, supaya Umno juga dilihat berpegang pada agama.


"Tetapi apabila dia masuk dalam bidang lain, dan jadi perdana menteri, benda yang kita harap dia akan urus, berlaku sebaliknya, tak seperti dijanji,” katanya.


Shahril kemudian menyorot bahawa Mahathir juga dikritik sebagai tidak konsisten, termasuk dengan hubungan terhadap parti-parti politik dan individu tertentu.


Mahathir mengatakan bahawa untuk mencapai matlamat, dia percaya kepada pendekatan "musuh kepada musuh anda adalah kawan anda".


"Kita nak guna DAP umpamanya, nak dapat majoriti. Kalau saya tak guna DAP, kita tak akan dapat majoriti dan Najib Razak akan terus jadi perdana menteri," katanya merujuk kepada kerjasamanya dengan PKR dan DAP sebelum ini.


"Sekarang ini, kita ada masalah, saya dapati bahawa tak ada pilhan lain, melainkan bekerjasama dengan PAS," tambahnya.



No comments: