MAT SABU DI PENAMAAN CALON KEMAMAN











 Saya berada di Kemaman pagi ini bagi mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor ke Pusat Penamaaan Calon Pilihanraya Kecil (PRK) Kemaman. Beliau pernah berkhidmat sebagai Panglima Angkatan Tentera semasa saya menjadi Menteri Pertahanan.


Melihat ribuan penyokong BN dan PH berhimpun dengan penuh semangat sejak awal pagi di dalam keadaan hujan, saya yakin calon mewakili Kerajaan Perpaduan mempunyai peluang cerah merampas kerusi Parlimen Kemaman.


Saya terpaksa bergegas balik ke Kuala Lumpur kerana hari ini merupakan hari perkahwinan anak saya. Seribu kemaafan kepada penyokong yang mengajak untuk 'berselfie' kerana tidak dapat memenuhi semua permintaan.


Saya berjanji kepada Timbalan Presiden UMNO, Dato Seri Mohamad Hasan dan calon untuk kembali membantu kempen sepanjang tempoh pilihanraya. 


Insya-Allah saya doakan kemenangan buat calon #BarisanNasional bagi #PRKKemaman.


Tabik Jeneral!



No comments: