KENAPA AMLA DILULUSKAN.

 

Nik Hasyudeen.


Mengapa undang-undang anti-pengubahan wang haram digunakan untuk mendakwa penyakauan?


Lama dahulu apabila saya maklum bahawa undang-undang anti-pengubahan wang haram diluluskan oleh Parlimen, reaksi pertama saya ialah “ahli-ahli politik ni tak tahu ke, nanti ramai dari mereka akan masuk dalam”.


Untuk berdagang dengan negara-negara maju dan menggunakan sistem kewangan mereka, Malaysia perlu ada undang-undang anti-penggubahan wang haram. Kemudian, selepas peristiwa September 11, aspek anti-pembiayaan pengganas pula dimasukkan.


Apa beza di antara undang-undang anti-penggubahan wang haram dengan undang-undang jenayah yang lain seperti merompak, menyeludup dadah, melarikan dari membayar cukai serta rasuah dan salahguna kuasa?


Undang-undang anti-penggubahan wang haram ini membolehkan aspek kewangan jenayah-jenayah yang disenaraikan (di panggil kesalahan prediket) menjadi satu kesalahan yang tersendiri tanpa perlu pensabitwn kesalahan prediket di mahkamah. Ini bermakna undang-undang ini bersiri sendiri dan tidak bergantung kepada pembuktian di bawah undang-undang lain.


Kesalahan jenayah kolar putih seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa agak sukar dibuktikan menjangkau keraguan yang munasabah di mahkamah. Ini adalah kerana penjenayah menggunakan pelbagai kaedah untuk menghilangkan bukti. Malah, jika boleh salah guna kuasa untuk menyakau, boleh juga salah guna kuasa untuk menghalang siasatan dan dakwaan seperti memecat kerja penyiasat dan pendakwa. Ini dah berlaku, kan?


Oleh kerana penjenayah nak juga membelanjakan habuan penyakauan mereka, wang hasil sakau akan masuk ke dalam sistem perbankan. Ini mudah dijejak (money trail). Jadi, lebih mudah untuk mendakwa penyakau apabila duit masuk ke dalam akaun banknya dan kemudiannya berjoli sakan walaupun dia mendakwa duit itu adalah derma dari sahabatnya.


Di dalam pemerhatian saya, biasanya penjenayah (termasuk perasuah dan penyalah guna kuasa) akan didakwa di atas kesalahan prediket dan juga kesalahan penggubahan wang haram. Ada juga kes yang mana kes wang haram itu didakwa secara bersendirian.


Kita mungkin berasa undang-undang anti-pengubahan wang haram ini ganas kerana di bawah undang-undang ini kita dianggap tahu wang yang terlibat adalah wang haram (boleh rujuk seksyen 4(2) dan (3) Akta AMLA) kira juga bagaimana penyakauan yang berlaku menjahanamkan masyarakat. Ada yang sampai kerajaan menanggung hutang berbilion ringgit.


Oleh yang demikian, pihak yang menyiasat dan mendakwa kena bijak, pandai dan jujur. Janganlah pula undang-undang sebegini digunakan di luar skopnya. Nanti di hadapan Allah di akhirat, kuasa yang melindungi anda di dunia dah tak boleh menyelamatkan anda jika anda pula yang menyalah gunakan undang-undang AMLA ini.



No comments: