APA BUKTI KERAJAAN INI "DELIVER" DAN MEMBELA NASIB RAKYAT?


(1) Kerajaan ini berjaya menurunkan kadar pengangguran kepada 3.4% setakat Ogos 2023 iaitu mencapai tahap guna tenaga penuh dan selari dengan pengangguran sebelum krisis COVID-19. 



(2) Kerajaan ini yang membela nasib pekebun kecil getah. Harga pengaktifan insentif pengeluaran getah ditingkatkan.  


• Kali terakhir dinaikkan Bajet 2019 RM2.50/kg (YB Bagan), 


• Belanjawan 2023 dinaikkan kepada RM2.70/kg, dan 


• Belanjawan 2024 dinaikkan lagi RM3.00/kg.  


(3) Kerajaan MADANI yang mendengar rintihan para pesawah:  


• Tahun ini, menaikkan subsidi Harga Padi daripada RM360 kepada RM500 per metrik tan, dan  


• Belanjawan 2024 meningkatkan harga lantai belian padi daripada RM1,200 kepada RM1,300 per metrik tan.  (Kali terakhir disemak pada 2014).  


Maka, siapa pula yang mengabaikan kebajikan rakyat? 


(4) Kerajaan ini juga sejak awal komited memastikan kemudahan asas rakyat dalam keadaan baik dan sempurna. Kita telah segerakan pelaksanaan projek pembaikan sekolah dan klinik daif. Lebih 8,000 tandas sekolah yang rosak dan usang akan selesai dibaiki tahun ini juga. Usaha ini termasuk semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan (sekolah agama, SJKC dan SJKT). Tahun hadapan, ikhtiar ini akan diperhebat kepada tandas awam PBT seluruh negara, baik pulih jalan berlubang, selenggara kuarters Kerajaan serta menaik taraf premis penjaja kecil. 


(5) Kerajaan ini juga akan mengembalikan geran bantuan RM20 ribu  kepada semua Sekolah Agama Rakyat di samping menyediakan RM150 juta untuk menyelenggara institusi pendidikan Islam.  (geran bantuan dihentikan pada 2003) 


(6) Sejak sekian lama (2011) tidak disediakan, Kerajaan ini turut memperuntukkan RM100 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang telah banyak membantu usahawan PMKS khususnya wanita. Lebih RM350 juta pembiayaan kredit mikro juga disediakan melalui BSN, Bank Rakyat dan MARA untuk usahawan wanita. 


(7) Di bawah Kerajaan MADANI, kita memberi peluang kedua dengan memperluas pelepasan status muflis kepada golongan muda bawah 40 tahun yang punyai hutang tidak melebihi RM200 ribu. 


Ini hanya sebahagian contoh yang dinyatakan bahawa Belanjawan 2024 adalah terangkum serta mengutama kesejahteraan rakyat seperti penoreh getah, pesawah padi, murid  sekolah, usahawan wanita dan belia. 


#MalaysiaMADANI