KENA JENTIK TELO BARU NAK GERAK. ALMAKLUM JADI SETAN BISU BELAKA. JAWATAN NDAK. KERJA TAK PANDAI. NAMPAK SANGAT ANWAR SOQANG BEKERJA. LAIN DOK LAM GUA.



KENAPA ANWAR SENDIRI YANG TERPAKSA MENYANGGAH DAPATAN MERDEKA CENTER? MANA SEMUA JENTERA KOMUNIKASI KERAJAAN?


Setelah berlalu dua hari yang senyap sunyi, Anwar Ibrahim sendiri akhirnya terpaksa tampil menyanggah laporan Merdeka Center yang mendapati sokongan terhadapnya semakin menurun.


Menurut Perdana Menteri, meskipun beliau mengambil maklum dapatan terbaru itu, tetapi ia hanyalah membabitkan 1,200 responden saja.


“Kajian dia 1,200 orang. Kita dengar pandangan dia.


“Tetapi kita kena cuba menyantuni 32 juta orang,” kata Anwar.


Rabu lalu, Merdeka Center mengeluarkan dapatan terbarunya yang menunjukkan rating penerimaan terhadap Anwar semakin menurun menjelang setahun tempoh pentadbirannya.


Membandingkan kaji selidik penghujung bulan lalu dengan Disember tahun lalu iaitu sebulan selepas Anwar mentadbir Putraya, firma itu berkata separuh pengundi memberi maklum balas positif berbanding 68% sebelum ini.


Bagaimanapun rating kerajaan pada ketika ini berada hanya pada tahap 41% berbanding 54% pada Disember tahun lalu.


Kaji selidik yang sama menunjukkan tahap tidak puas hati terutama berkaitan ekonomi meningkat kepada 43% berbanding 19% sebelumnya.


Merdeka Center juga mendapati hanya 31% pengundi berpandangan negara berada pada hala tuju betul, manakala 60% berpandangan hala tuju negara ke arah yang salah.


Persoalannya, kenapa sampai Anwar sendiri yang terpaksa menyanggah dapatan Merdeka Center itu?


Mana menteri-menteri dalam kerajaan, khususnya Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil?


Mana jentera komunikasi kerajaan yang bernaung di bawah PMO?


Mana jentera komunikasi PH, khususnya PKR sendiri?


Mana jentera komunikasi pelbagai parti yang menjaja nama kerajaan perpaduan?


Kenapa semua jentera komunikasi itu senyap sunyi dan seolah-olah tidak berfungsi dalam mempertahankan Perdana Menteri?


Realitinya, ini bukanlah kali pertama di mana Anwar sendiri tampil mempertahankan dirinya daripada serangan halus atau serangan terbuka oleh pihak lawan.


Jika kita masih belum lupa, sebelum ini Anwar juga yang bersuara meluahkan kekecewaan terhadap portal Harakahdaily kerana menyiarkan berita yang mengelirukan sambil meletakkan gambarnya berlatar-belakangkan bendera Israel.


Hanya kemudian, barulah pelbagai pihak turut sama menyerang portal rasmi Pas itu.


Apakah semua benda mesti digerakkan oleh Anwar terlebih dahulu?


Bukankah sepatutnya jentera-jentera komunikasi itu yang perlu tampil lebih dahulu setiap kali kedudukan Perdana Menteri diusik?


Habis, mereka yang ramai-ramai itu buat apa? – ShahbudinHusin 23/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/24/kenapa-anwar-sendiri-yang-terpaksa-menyanggah-dapatan-merdeka-center-mana-semua-jentera-komuniksi-kerajaan.html