Tapi nanti walaun cakap, inflasi turun pun barangan tetap mahal. Tapi walaun ni bila sebut barangan, dia refer kepada barangan siap. Bukan barangan asas.
Barangan siap tu atas penjual. Contoh macam bra yang harga sampai beribu ringgit tu. Dah syarikat pengeluar nak jual harga, kerajaan nak buat apa?
Yang walaun bodoh pergi beli barangan mahal tu kenapa? Tak sedar diri?
Harga barangan sekarang dah naik di zaman PN lagi. Bila dah naik, memang tak ada la nak turun. Melainkan kalau pengguna semua pakat boikot.
Inflasi 1.8% pun bukan bererti harga barang takkan naik. Tapi ia bererti kebaikan yang lebih perlahan. Contoh, barang yang berharga RM100 tahun lepas, tahun ni jadi RM101.80.
Inflasi rendah bukan bererti harga barangan tak naik langsung. Hakikatnya kenaikan harga barang akan sentiasa berlaku. Cuma laju atau perlahan je.
Contohnya kalau inflasi tinggi macam zaman PN dulu, jadi kenaikan tu laju la. Katakan la inflasi 3%. Kalau sebelum ni RM100, sekarang jadi RM103.
Jadi walaun nak inflasi tinggi macam zaman PN dulu ataupun rendah macam sekarang?
Pusing ikut mana pun, dah jelas, Kerajaan Madani ini lebih baik dan cemerlang berbanding ketika PN dalam kerajaan dulu. Bukti jelas depan mata.
Kalau PN masih berkuasa sekarang ni, aku percaya inflasi mungkin dah hampir 4%, OPR pun mencecah 5%. Ayam, telur, minyak masak dan barangan lain mesti susah nak dapat dan harganya melambung.
Bayangkan kalau PN masih berkuasa, India pula sekat eksport beras macam sekarang, kita terpaksa makan ubi rebus je la. Sebab PN tak reti bertindak.
Nak cukupkan bekalan ayam dan telur pun PN tak mampu, apa lagi nak dapatkan bekalan beras. Sebab tu aku bersyukur sangat hari ini negara kita diperintah oleh DS Anwar dan Kerajaan Perpaduan.
Ekonomi berkembang, inflasi turun, pengangguran turun dan pelaburan pun meningkat. Dalam tempoh setahun ni dah banyak kerosakan hasil peninggalan PN yang telah berjaya Kerajaan Perpaduan atasi.
Tahniah dan terima kasih Kerajaan Perpaduan Madani. Semoga kerajaan ini kekal mentadbir Malaysia selamanya. Aamin. Guane boh?
Raja Gelap II
.