Hari ni genap 100 hari YAB Dato Seri Sanusi jadi MB utk kali kedua, apa pencapaian dan berita gembira utk rakyat Kedah? Biar saya senaraikan
1) Projek Litar Lumba yang dilancarkan sebelum pilihanraya masih tiada kelibat sama sekali, projek yang dianggarkan bernilai RM75 juta masih lagi belum dimulakan, malahan tapak cadangan di Ambangan Heights Sungai Petani itu dijadikan tapak pembuangan sampah haram
2) Stadium baru bertaraf JDT mana? Katanya akan dibiayai pihak swasta masih samar dan kabur sama sekali. Tapak stadium tersebut di Sungai Petani masih lagi sunyi tanpa sebarang tanda-tanda pembinaan, kesian peminat-peminat bolasepak yang telah diberi harapan oleh MB
3) Kedah Rubber City? Kerajaan pusat dah tolong, kegagalan kerajaan negeri menyediakan infrastruktur yang sepatutnya menyebabkan pelabur terbesar, Hong Seng Consolidated menarik diri.
4) Air Kedah dan loji rawatan air? Kerajaan negeri janji utk selesaikan pada Ogos tahun 2023, tapi apa sudah jadi? Hingga kini progress penyiapan sangat perlahan dan mustahil dapat disiapkan mengikut janji yang bakal di “capati”
5) Langkawi sudah hilang pesona sebagai pulau tarikan pelancongan utama, Kerajaan negeri gagal mencipta dan mewujudkan program-program dan acara bertaraf antarabangsa bagi menarik pelancong-pelancong dari luar negara. Kerajaan negeri juga gagal bekerjasama dengan baik dengan MOTAC bagi tujuan penambahbaikan prasarana pelancongan dipulau tersebut.
6) Apa sudah jadi dengan skuad impian “Hijau Kuning” negeri Kedah? Lebih daripada 3 bulan sudah tidak terima gaji? Menteri Besar menjanjikan saingan yang lebih bertenaga tahun ini, hingga boleh mengatasi JDT, tapi kalau dah gaji pun tak mampu nak bayar macam mana?
7) Menteri Besar sendiri telah didakwa dengan tiga (3) pertuduhan dimahkamah atas kesalahan menghina institusi raja dan menfitnah MB Selangor dan ahli perniagaan Vincent Tan.
8)Skandal REE yang semakin terserlah? Bekas Setpol dan bekas CEO MBI telah didakwa kerana menerima suapan drpd pihak tertentu. Katanya akan ada banyak lagi pihak-pihak yang akan terdedah dan bakal didakwa?
9) Exco-exco kerajaan negeri yang masih gagal berfungsi dengan baik, nampak gayanya penggal ini lagi sekali rakyat negeri Kedah akan dapat Exco yang berstatus “Pegun” serta lembik.
Kesimpulannya : 100 hari yang gagal utk Menteri Besar. Kalau 100 hari pun masih belum nampak apa-apa yang memberi impak yang besar utk negeri macam mana nak merealisasikan misi “The Greater Kedah”? 🤣🤣🤣🤣🤣