0.5 TAHUN LALU VS 4.5 TAHUN AKAN DATANG:


Adrian Lim


BERBEZA UNTUK PHBN DAN PN


Setengah tahun telah berlalu.

4 tahun setengah menjelang.


Untuk PN, enam bulan lalu adalah tempoh untuk mengkucar-kacir dan merosakkan apa yang ada, khususnya melalui persengketaan perkauman.


Untuk PHBN, enam bulan lalu adalah tempoh untuk menstabilkan dan melakukan pembaharuan yang termampu.


Kalau diimbangi di atas skala, bebanan kepada PHBN sebenarnya lebih berat. Macam mana nak perbaiki benda yang dirosakkan berpuluh tahun dalam tempoh enam bulan? Lebih mudah untuk merosakkan berbanding memperbaiki.


Sebab itu PN tekan gear 5 sepanjang tempoh enam bulan yang lalu untuk merosakkan seteruk-teruknya apa yang ada. Supaya sekurang-kurangnya Selangor jatuh ke tangan PN. Sumber kekayaan di Selangor sangat-sangat diperlukan oleh PN untuk survive 4.5 tahun sehingga PRU16.


Tetapi itu tidak berlaku. Selangor tidak jatuh ke tangan PN.


Kini PRN telah selesai, keadaan telah terbalik.


Dalam tempoh 4.5 tahun akan datang, bebanan untuk PN lebih berat kerana PHBN mempunyai masa dan ruang nafas untuk

• Membersihkan sistem kerajaan

• Membicarakan kes Jana Wibawa

• Menyiasat skandal 1 Bestari Net dan NIIS

• Menukar Little Napoleons yang mengganggu kelancaran kerajaan

• Melaksanakan pelan ekonomi yang telah dilancar

• Menyusun semula struktur-struktur ekonomi yang bermasalah

• Meningkatkan taraf kehidupan rakyat

• Dan sebagainya


Saya orang yang optimis. Saya juga tidak percaya bahawa manusia pada asalnya bersifat perkauman.


Isu perkauman yang dikatakan termakan oleh pengundi PN sebenarnya bukan kerana pengundi PN bersifat perkauman dalam diri mereka. Tetapi oleh kerana mereka hidup susah, dikelilingi hutang dan sebagainya, apabila tiada penyelesaian, jalan paling singkat ialah salahkan “orang lain”. Salahkan Cina, salahkan Kristian, salahkan Yahudi bla bla bla.


Itulah yang diajar oleh pembangkang.


“Salahkan orang lain kalau kamu hidup susah. Orang lain nak rampas negeri kamu. Orang lain rampas hak kamu nak rampas harta kamu.”


Tetapi kalau beban tanggungan itu diringankan, hutang dikurangkan, kehidupan lebih selesa, maka prejudis perkauman dalam kalangan masyarakat itu akan secara semula jadi menjadi berkurang.


Apabila prejudis perkauman itu berkurang, maka PN akan kehabisan modal lah.


Jadi 4.5 tahun akan datang sangat berbeza tetapi penting. Saya optimis dan saya sentiasa percaya bahawa kasih sayang adalah sifat asas kemanusiaan.


Cuma, keadaan ekonomi perlu diperbaiki.


Setel masalah ekonomi, banyak masalah perkauman akan setel secara sendiri. Trust me.


Apabila manusia hidup lebih selesa, yang dibincangkan adalah idea bernas.


Apabila manusia hidup susah, yang dibincangkan ialah nak salahkan siapa.



No comments: