STATISTIK & ANALISIS KEPUTUSAN PRN15 SELANGOR







Adrian Lim


PH menang 32 kerusi

BN menang 2 kerusi

PN menang 22 kerusi


MENANG TIPIS BAWAH 1,000 UNDI

• PH 3 kerusi

• BN 1 kerusi

• PN 7 kerusi


MENANG MARGINAL BAWAH 3,000 UNDI

• PH 4 kerusi

• PN 12 kerusi


MENANG MAJORITI MUTLAK LEBIH 10,000 UNDI

• PH 22 kerusi

• PN 2 kerusi


MENANG MAJORITI SELESA LEBIH 3,000 UNDI

• PH 30 kerusi

• BN 1 kerusi

• PN 10 kerusi


Dapatan:


1. Asas kekuatan PH masih utuh. Kemenangan di 30 daripada 34 kerusi adalah melebihi paras 3,000 undi majoriti. Selesa.

2. Pengaruh PN telah di kemuncaknya. Kemenangan di 12 daripada 22 kerusi adalah di bawah 3,000 undi majoriti sahaja. Sekadar cukup makan.

3. Agak susah untuk PN menembusi kerusi-kerusi PH kerana majoriti PH di 22 daripada 34 kerusi adalah melebihi 10,000 undi majoriti.

4. Lebih mudah untuk PH menawan semula 12 daripada 22 kerusi yang dimenangi PN kerana ianya di bawah majoriti 3,000 undi majoriti sahaja.


Melalui peratusan keluar mengundi yang rendah dan sekadar bagi cukup makan kat PN di beberapa kawasan merupakan isyarat bahawa…


Orang kat bandar bijak, reti menilai, sentiasa mengejar yang lebih baik dan dan waras.


PN dilihat sebagai pembangkang yang diperlukan, tetapi bukan Kerajaan yang diperlukan.


Sebab itu rakyat Selangor jentik dan cubit sikit PH supaya tidak alpa. Rakyat Selangor is pushing PH to do better.


Saya yakin Kerajaan Negeri Selangor hargai teguran positif ini dan mampu bekerja lebih keras.




No comments: