WALAUN SUKA REGA ZAMAN MAHIADDIN DULU..

 

Nurul Asyikin.



Kebetulan saja, semalam aku & suami aku pergi pasar pagi & market.









Jadi kami biasa beli barang untuk stock seminggu sekali.


Kat Pasar Teluk Intan, harga ikan ada menunjukkan trend penurunan.


Ikan kayu & Cencaru saiz besar RM11 sekilo. Biasa RM13. Tapi kadang² jika nasib baik boleh dapat dalam RM9 & RM8 ja. Macam bulan Mei haritu. Segar² ye. 


Ikan pari yang nampak beza. Biasa RM20 ke atas tapi semalam RM18.


Ikan kembung pula RM15. Segar². Aku biasa beli ikan ini untuk kucing. Dulu kembung yang lama² sikit dapatlah dalam RM5,6 paling mahal RM10 tapi sekarang susah dapat. Bila tanya je, dah ada orang cop. Yang segar² RM15 kira rare juga kat tempat aku, tapi bila ada, aku sambar je la. Sebab harga dia boleh cecah RM22 sekilo woo.


Suami aku kata sayang bagi kucing, dia pi beli ikan lain pula macam ikan Sardin tapi RM8 sekilo. Lupa aku nama ikan tu apa.


Peniaga kat sini selalu gak aku sembang² dengan depa. Faktor utama naik & turun harga sebab kuantiti stok yang bergantung pada keadaan cuaca.


Nak beli lagi murah & lagi fresh? Boleh. Kat Jeti Hutan Melintang. 2 kali aku pergi sejak bercuti neh, dua kali gak hampa. Kena datang pukul 5,6 pagi. Lambat sikit, kirim salam la. Kat sana cuma ada satu jeti untuk orang luar macam aku beli. Yang lain², khas untuk peniaga² kedai makan, seafood, peraih, pemborong, industri perkilangan etc. Sebab tu bila lambat sikit, kirim salam je la jawabnya 😭. 


Sayur² pula aku suka beli kat mall dari pasar. Sayur² kat pasar mahal sedikit dari mall. Memang begitulah sejak dulu & aku pun tak tahu kenapa. Sebab tu jarang aku beli kat pasar. Kadang² je aku beli tanda support tu pun sebab rasa kaya sekejap dapat gaji. Kalau tengah bulan jangan harap le.


Bezanya, kat pasar kau boleh pilih kuantiti, kat mall tak boleh. Ini sayur² kat mall. Selalu aku beli kat TF, dekat nakmampuih dengan rumah aku, tapi nak betul² murah di Billion Hutan Melintang. Memang murah. Tapi kau kena beli sekali banyak². Sini pagi² dah ada orang beli sayur sebab buka kedai makan, catering etc. Lambat, tak merasa la kau. Dan ya, harganya lebih murah berbanding dulu.


Harga sayur², bawang etc neh sama ja macam ikan. Ada kalanya naik, ada kalanya turun kerana bergantung pada stok & cuaca.


Tapi yang paling betul² ada perubahan ialah belah mana pun aku pergi, telur sudah ada. Bukan macam dulu, harga lebih mahal, stok pun tak ada. 🙂