PENDUDUK LEGA LIFT DAH OK




YB SYEERLENA RASHID


Penduduk Pangsapuri Pinang Emas, Batu Feringghi boleh menarik nafas lega apabila lif kediaman mereka bakal dinaik taraf bagi menangani permasalahan berkaitan lif usang. 


Dalam sidang media bersama YB Zairil Khir Johari yang merupakan mantan Adun Tanjung Bungah hari ini, saya telah mengumumkan penambahbaikan berkenaan. 


YB Zairil sebelum ini telah memanjangkan permohonan Perbadanan Pengurusan Pinang Emas berkaitan permohonan Tabung Penyelenggeraan Maksima 80-20 kerajaan negeri yang berjumlah RM412,000 iaitu jumlah keseluruhan. 


Sementara itu, pihak saya telah bersetuju menampung 20 peratus kos - yang sepatutnya dijelaskan oleh Perbadanan Pengurusan Pinang Emas - dengan menggunakan peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR) sebanyak RM82,400. 


Inisiatif ini merupakan satu lagi inisiatif sebuah kerajaan yang prihatin dengan permasalah rakyat. 


#ybsar #MalaysiaMadani #DemokratikAdilPeduli #Penang



No comments: