Rumah baru sudah siap dibina🏰, kini bina semula kehidupan baru 👨👩👧.
Ketika Kak Lang bagitau saya kisah suaminya Abang Zul yang ada penyakit jantung dan paru-paru tetapi masih berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari kadbod di tempat pembuangan sampah untuk dijual, hati saya terasa amat sayu sekali.
Abang Zul pernah rebah ketika mencari kotak kadbod. Mujur ajal belum menjemput🤲🏻. Bila saya berjabat atau memeluk Abang Zul, dia segan menolak kerana dia kata bajunya kotor dan berbau.
Kadang kala orang miskin bukan malas, tapi mereka tidak diberi peluang😔.
Abang Zul dan Kak Zul hari tu minta kami bina tandas untuk mereka🚽, kami bina sebuah rumah baru🏰.
Kini rumah baru dah siap, saya nak bantu Abang Zul dan Kak Lang bina semula kehidupan mereka.
Abang Zul tak usah pi kutip kadbod di tempat sampah lagi. Kak Lang kata arwah ibunya ajar masak laksa sedap. Saya tanya sama ada Kak Lang sanggup usahakan gerai laksa depan rumah? Modal saya keluar, dengan bantuan program kerajaan negeri Pulau Pinang untuk usahawan kecil.
Kak Lang walaupun bertongkat, dan terpaksa cuci buah pinggang 3 kali seminggu terus menjawab bahawa dia sanggup. Asalkan boleh bantu ringgankan beban suaminya.
Saya bantu dia set up gerai cantik-cantik😆 depan rumah barunya. Letak simen, pasang bumbung. Sebelum bumbung siap kami pinjamkan bumbung jenis payung.
Asalnya saya agak ragu-ragu juga bab masakan Kak Lang. Tapi selepas mencupa laksa resipi arwah ibunya, saya boleh cop sign, memang surr punya.
✅️Hari pertama dia buat bisnes depan rumah jual laksa resipi ibu, pisang goreng, cempedak goreng dan air bancuh, Kak Lang dapat RM360👍🏻. Dulu Abang Zul sebulan pi merata kutip kotak, kutip kertas, barang-barang kitar semula, nak cecah RM600-700 sebulan pun payah. La ni niaga sehari dah dapat separuh dari itu. Syukur.
Rumah mereka sebelah Masjid Al Marbawi Merbau Kudung. Saya harap dengan gerai Kak Lang di situ, mungkin pengunjung masjid boleh menyokong bisnes mereka. Abang Zul dan Kak Lang tak minta sedekah, mereka hanya minta peluang untuk mencari nafkah secara halal. Jom kita sokong mereka.
Jalan teruih!👍🏻
Restoran kak lang:
https://maps.app.goo.gl/WXr61FPGHdjUhU468