PAS MANA BOLEH BERKAWAN DENGAN SIAPA PUN- SEJARAH DAH TUNJUK.

 

Pencalonan Pengerusi Gerakan diboikot, Pas tiada semangat setiakawan



                 AUN BARU SEDAR MEREKA KENA CING DENGAN PIMPINAN MEREKA

Oleh: Abdullah Zaid

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang menyifatkan tindakan Pas memboikot penamaan calon Pengerusi Gerakan Dominic Lau, membuktikan bahawa komponen PN itu tidak mempunyai semangat setiakawan.

Oleh itu, Ketua Peneranganya, Abshar Nurasyraf berkata Gerakan seharusnya mempertimbangkan semula kerjasama parti pelbagai kaum tersebut bersama PN yang diterajui Pas.

Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_dd6e8ca67d3a4da4a079e65273b97ad7~mv2.jpg/v1/fill/w_360,h_241,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/4449e2_dd6e8ca67d3a4da4a079e65273b97ad7~mv2.jpg

Abshar Nurasyraf


"Bagi saya tindakan Pas yang sengaja memboikot penamaan calon Gerakan (Dominic Lau), dan ia juga adalah bukti Pas tidak mempunyai semangat setiakawan.


"Sebaliknya, Gerakan sepatutnya sedar bahawa kerjasama mereka antara Bersatu dan Pas hanya sekadar untuk mencantikkan sahaja gabungan itu," katanya

Untuk rekod, pada penamaan calon semalam, Pengerusi Gerakan itu dinamakan sebagai calon DUN Bayan Lepas bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang.

Namun, apa yang memeranjatkan pemimpin PN itu diboikot apabila kehadiran jentera hanya dizahirkan sekitar 100 penyokong sahaja.

Sebelum ini, media melaporkan keinginan Pengerusi PN Pulau Pinang itu bertanding di kerusi 80 peratus pengundi Melayu kerusi itu mendapat tentangan kuat daripada AJK Pilihan Raya Pas Negeri Anas Soffy Abd Wahid.

"Sepatutnya sebagai seorang tokoh heavyweight, dia patut bertanding dengan (mencabar) calon heavyweight seperti Chow Kon Yeow atau Lim Guan Eng, atau di tempat lahir dia di Tanjung Bungah.


"Mengapa dia nak melangkau (DUN Bayan Lepas) ini?" tanyanya sbagaimana dilapor media arus perdana.




No comments: