Kelantan yang menyokong PAS hari ini bila ditanya kenapa tak mahu undi selain PAS, akan sebut beberapa sebab.
1. Korupsi Zahid
2. Pengaruh DAP
3. Meneruskan legasi
Tiga ini yang utama. Pergilah mana-mana page, inilah yang akan mereka tulis bila kita sarankan mereka tukar kerajaan negeri.
Sini adik kakok biar ambo tulis kok Kelate.
Loni kita tengah nak mengundi untuk pilih kerajaan negeri. Sapo pun kita undi, sapo pun kita pakoh, hanya akan bagi kesan di peringkat negeri kita.
Kalu PAS menang lagi, Anwar masih PM dan Zahid masih TPM. DAP masih sebahagian dari kerajaan pusat.
Kalu UMNO menang, gitu jugok. Anwar masih PM dan Zahid masih TPM. DAP masih sebahagian dari kerajaan pusat.
Takdok efek gapo. Tak degih. Sebab tu kita kena pilih ore yang buleh buat benda biar efek negeri kita.
Takut ko DAP? DAP tu loni kerajaan jugok. Tapi gapo DAP buat setakat hari ni? Islam terancam ko hari ni? Tokleh nak jemaah di masjid dah ko? Tokleh nak azan dah ko? Takdok sapo-sapo dalam DAP sedang cuba ubah perlembagaan negara hari ni walaupun dah ada kuasa.
Pahtu DAP tak bertanding pun di Kelate. Duk takut bakpo? UMNO pun dah bagi jaminan benda-benda molek yang PAS buat akan diteruskan juga kalu dapat perintah. Contohnya tak jual arak dan kedai nombor. Hok tu meme akan diteruskan.
Hok jawab nak teruskan legasi Islam ni pun satu hal. Demo kena tengok molek. Legasi gapo kalu anak beranak saja kijo dalam kerajaan negeri. Tu bukan legasi Islam. Tu legasi anak beranak. Demo takdok butir mata ko?
Politik ni bukan tradisi. Tak perlu diteruskan apa yang tuk nenek dan mak ayah kita buat mula.
“Ambo pakoh PAH sebab tuk ambo mula pakoh PAH. Ayah ambo pun pakoh PAH jugok. Takkan la ambo nak pakoh hok lain.”
Ni la masalah dia. Duk anggap politik tu tradisi. Buat sebab keluarga buat. Kita hidup biar ada pendirian.
Loni gapo masalah di Kelate? Anak mudo takdok kijo. Bila takdok kijo, make dadah. Pitih ada tapi gi kok lain. Bukan kata nak buat hok wojib dulu iaitu perkara-perkara asas seperti air bersih dan peluang kijo.
Kita kena fokus tempat kita dulu. Ni duk fokus hok luar. Duk cara ko carik kain ore. Kita sediri ni telanje bogel tak napok.
Ok cukup. Bor lah.
Kerdit FB Mohd zailee