Menjawab propaganda PN.



1. Ringgit merudum -


Sebenarnya tak betul paling rendah dalam sejarah. 


Benda ni insya Allah sementara saja dan banyak dipengaruhi faktor luaran, antaranya faktor pertumbuhan perlahan China yang tidak seperti dijangka.


Yang penting ada pertumbuhan ekonomi dan inflasi terkawal. Kadar inflasi sekarang 2.8% terendah dalam tempoh setahun ni. 


Kalau ringgit jatuh dengan tiada pertumbuhan ekonomi dan inflasi melambung, itu yang patut dirisaukan.


2. Pelabur jual saham-


Pelabur saham ni dinamik dan selalu berpindah randah. Depa akan cari market yang dapat bagi pulangan tertinggi. Depa akan kembali ke market bila sampai di harga yang paling ideal untuk dibeli.


Bila ringgit kembali mengukuh, akan mempengaruhi mereka untuk kembali nanti. 


3. Harga beras naik -


Ni cuma untuk beras import bukan beras tempatan. Harga beras import bukan barang kawalan. Aku makan beras tempatan ja.


4. Harga makanan di restoran naik 1 Julai -


Errr mai kot mana ni? Apa alasannya? Kedai makan marhaen jual nasi guna beras tempatan ja.


5. Harga susu formula naik senyap-senyap -


Dari zaman Perikatan Nasional lagi isu susu formula mahal ni seperti laporan berikut. 


https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/bantut-fahami-situasi-kaji-punca-harga-tinggi-susu-formula-369393%3famp=1


Tapi ya aku setuju, kerajaan perlu amik langkah untuk cuba kawal harga susu formula. 


6. Harga lampin pakai buang naik -


Again, same with formula milk. Bukan eksklusif terjadi zaman sekarang.


Aku buat camna? Tukar kepada brand pasaraya yang kualiti lebih kurang sama, macam lampin brand Pasaraya Hero.


7. Menu rahmah RM5 berkubur -


Tak pasti kesahihannya, yang pasti setidaknya ia telah membantu ratusan ribu rakyat Malaysia selama berbulan-bulan. Zaman 33 bulan ada? 


8. Bil elektrik melambung -


Sebab cuaca panas melampau. Aircond dan peti sejuk perlu kerja lebih keras untuk dapat suhu yang kita mahu.


Aku buat camna? Tak guna langsung aircond.


Tarif baru elektrik pun tak kacau 99% rakyat Malaysia yang bil elektrik RM708 ke bawah.


Nak kena ingat apa YB Takiyudin cakap semasa dia Menteri Tenaga - "Kerajaan takkan selamanya beri subsidi" 😊


9. Tiada lagi subsidi untuk golongan kaya - 


Tidak dinyatakan secara tepat.


Untuk pengetahuan, di masa akan datang tiada lagi pengkelasan ikut B40, M40, T20.


Pengkalan Data Utama PADU akan dilancarkan hujung tahun ni, menyelaraskan data setiap agensi dan kementerian.


Lepas ni rakyat akan dikategorikan mengikut pendapatan boleh guna.


Maksudnya orang yang bergaji RM10,000 tapi ada 5 anak silap-silap dapat subsidi berbanding orang yang bergaji RM8,000 tapi belum kahwin.


10. Graduan muda mengeluh -


Again, bukan eksklusif cuma terjadi sekarang. Zaman PN lagi teruk. Sekarang indeks pengangguran dah berkurang, lebih ramai yang ada pekerjaan.


Pekerjaan setimpal kelulusan itu perlu diselesaikan dengan polisi jelas ke mana halatuju negara untuk 10-20 tahun mendatang, dan akan ambil sedikit masa.


Tapi kena ada political will yang kuat, bijak merancang dan melaksana, bukan golongan ruwaibidhoh, dan tidak sakau. 


Sebab itu polisi sekarang menumpukan ke creative economy, digital, dan juga renewable energy.


Dengan penumpuan 3 industri ini, banyak pekerjaan baru bernilai tinggi akan terwujud nanti.


Bab renewable energy, Malaysia sedang bersedia untuk lead South East Asia RE exchange market. 


Cuba ingat zaman PN, apa polisi mereka untuk menganjak Malaysia dari middle income trap ke arah high income nation?


Untuk jangka pendek dan sederhana nak bantu golongan miskin tegar serta berpendapatan rendah, Inisiatif Pendapatan Rakyat IPR dilancarkan. 


Dalam tempoh 6-7 bulan, kerajaan berjaya selesaikan low hanging fruit seperti isu bekalan ayam, telur, minyak masak kena sakau, dan sebagainya.


Hasilnya bekalan ayam, telur, minyak masak, beras stabil dan harga terkawal sekarang.


Untuk perkara yang sistemik dan lebih kompleks, tentunya akan mengambil sedikit masa.


Yang penting ada halatuju yang jelas. Selepas 5 tahun, nilai kembali pada PRU16.


Najib Bakar