AMANAH SATU SATUNYA PARTI SERPIHAN PAS YANG MASIH BERTAHAN

 

JAMZURI ARDANI

 

Pengalaman saya dalam politik mengajar saya bahawa setiap parti politik ini ada ketika jatuh dan bangun. Tidak sentiasa berada di puncak.  Umno, PAS, PKR, DAP, Bersatu, dan lain-lain akan ada masa jatuh dan bangun.  

 

Semasa di puncak jangan angkuh dan ketika jatuh jangan sampai hilang harga diri. 

 

Pun begitu, Amanah agak unik.  Ia adalah satu-satunya parti yang lahir dari PAS yang mampu bertahan lama. Ia tidak mengulangi nasib parti-parti lain yang terbit dari PAS. 

 

Bukan sahaja itu, malah Amanah adalah parti yang setelah sahaja ditubuhkan terus menyertai gabungan yang menang dan membentuk kerajaan selepas dua kali pilihanraya umum. 

 

Pada PRU14, Amanah berada dalam gabungan PH yang memenangi pilihanraya umum dan membentuk kerajaan.  Kemudian sekali lagi dalam PRU15, gabungan yang disertai Amanah berjaya membentuk kerajaan dalam Kerajaan Perpaduan. 

 

Semoga Allah merahmati pimpinan parti ini dan menunjuki jalan-jalan yang diredhaiNya. 

 

Aamiin!

 


No comments: