NAK JADI PEMIMPIN PERLU PUNYA PERWATAKAN BAIK


 

Seorang pemimpin mesti menunjukkan perwatakan yang baik. Sebab dia dalam perhatian masyarakat. Bukan sebab hipokrit tapi sebab tak mahu jadi contoh tak elok.

 

Kalau jenis suka gelak terbahak-bahak, tak bolehlah macam tu bila di tempat awam sebagai pemimpin kerajaan. Kena kawal. Kena ada sopan santun bila nak gelak tu.

 

Begitu juga kalau pelahap makan. Takkan di tempat awam nak makan cara pelahap juga. Kena kawal la. Kalau di rumah lain sebab tak ada mata memerhati. Bercakap pun begitu. Jangan jadi kata orang bodoh bila berucap tu.

 

Apa lagi kalau yang merokok. Janganlah bangga tunjuk awak perokok bila jadi pemimpin kerajaan. Kalau tak boleh berhenti pun, hisap tu biar secara sorok-sorok.

 

Jadi pemimpin kena jaga sifat. Tak timbul soal dia memang macam tu, tak mahu berlakon. Itu bukan  berlakon tapi jaga adab. Kalau jadi pemimpin soal jaga adab pun tak reti, baik jangan jadi pemimpin. Guane boh?

 

 

Raja Gelap 

 

.

 

 

No comments: